Wednesday, September 19, 2007

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar...!

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya:
Mulai jam 12.00 tengah malam :

1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar:




5. Zikrullah:









6. Bertasbih:












7. Selawat:




8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:




Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Tuesday, September 18, 2007

Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya

**# Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.


**#Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.




**#Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.


**#Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.


**#Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.


**#Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Sunday, September 16, 2007

20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.

Hujah Kedua:

Tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa al-Qur’an daripada Allah untuk diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja. [al-Maidah 5:99]

Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan. [asy-Syura 42:48]

Jawapan:

Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Baginda hanya dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut. Terima atau tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu waTa’ala. Dalam ertikata lain, sama ada seseorang itu menerima atau menolak Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu waTa’ala. Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. [Yunus 10:108]

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]

Dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanya membawa al-Qur’an juga dapat ditolak dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-Qur’anul Karim yang sedia menerangkan pelbagai tugas dan tanggung-jawab baginda. Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan tanggung-jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.


10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.

[2] Membawa al-Qur’an untuk manusia.

[3] Membacakan al-Qur’an kepada manusia.
[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.
[5] Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.
[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.
[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur’an.
[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.
[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.
[10] Menggubal hukum.





Saturday, September 15, 2007

20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.

Berikut disenaraikan 20 hujah asas (Primary Argument) yang dikemukakan oleh Golongan Anti Hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari sisi syari’at Islam. Sekalipun kelihatan dalam laman-laman web mereka, terutamanya www.ropelist.com dan www.submission.org seolah-olah mereka memiliki banyak hujah dan alasan untuk menolak hadis, namun kesemua hujah-hujah tersebut hanyalah merupakan terbitan dari 20 kelompok hujah asas ini. Dengan terjawabnya atau lebih tepat tertolaknya 20 hujah asas ini maka tertolak juga puluhan hujah-hujah mereka yang lain.

Hujah Pertama:

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]

(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

Jawapan:

Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat. Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.


Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.


Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?


Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31). Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

Friday, September 14, 2007

Kelazatan Iman...ku masih tercari-cari kemanisannya

Dari Saidina Al-Abbas ibn Abdul Muttalib r.a., beliau berkata, bahawasanya: “saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

“Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah s.w.t. sebagai Rabbnya, dan jika meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad s.a.w. ialah seorang Nabi (Allah)

Hadis riyawat Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dalam musnadnya, Imam Muslim r.a., dan Imam Ar-Rifa’ie r.a. dalam buku “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah”.

Telah berkata Imam Ahmad Ar-Rifa’ie dalam buku beliau “Halah Ahl Haqiqah Ma’a Allah”: Zauq (perasaan dan kelazatan) tersebut tumbuh dari sifat redha, (adapun redha tersebut) ialah suatu makrifat (ilmu dan pengenalan) tentang Allah s.w.t.. Makrifat (mengenal Allah s.w.t.) ialah cahaya yang diletakkan oleh Allah s.w.t. di dalam hati seseorang yang dikasihi-Nya dari kalangan para hamba-Nya. Tiada satupun perkara yang lebih mulia dan agung dari cahaya tersebut (jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang lain kepada para hamba-Nya). Hakikat Makrifat (mengenal Allah s.w.t.) ialah kehidupan hati dengan Tuhan yang Maha Menghidupkan seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidakkah jika seseorang itu mati, maka kami hidupkannya…” (Surah Al-An’am: 122).

Imam Ar-Rifa’ie seterusnya berkata lagi: “Sesiapa yang telah mati nafsunya, maka duanianya akan menjauhinya, dan sesiapa yang mati hatinya, maka Allah s.w.t. akan jauh darinya.”

Sheikh Ar-Rifa’ie berkata juga: “sesiapa yang melihat kepada Allah s.w.t. (menghalakan pandangan mata hatinya menghadap Allah s.w.t.), tidak akan melihat kepada dunia, dan tidak pula melihat kepada akhirat. Mentari hati seseorang Arif (orang yang telahpun mengenal Allah s.w.t.), lebih bercahaya dari mentari di siang hari…”

(Alfaqir berkata):

Maksud dari perkataan As-Sheikh, bahawa “sesiapa yang melihat kepada Allah s.w.t…” ialah, seseorang itu mula menghalakan seluruh tujuan hidupnya, seluruh tujuan amal perbuatannya, kepada Allah s.w.t.. Setiap perkara yang dilakukannya, setiap masa yang digunakannya dari usianya, dan seluruh gerak diamnya, hanya kerana Allah s.w.t., di bawah payungan rahmat Ilahi s.w.t. di dalam konsep kehambaan yang mutlak kepada Allah s.w.t..

Ini difahami oleh kaum sufi dengan istilah “At-Tawajjuh”. Hal ini merupakan intipati dari makna firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “katakanlah bahawasanya: solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kerana Allah s.w.t..”

Antara hadis yang turut menjelaskan tentang perkara ini ialah hadis Jibril a.s., dalam perbahasan ihsan, di mana Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa: “Ihsan ialah, kamu menyembah Allah s.w.t. sepertimana kamu melihat-Nya. Kalaulah kamu tidak melihat-Nya sekalipun, sesungguhnya Dia melihat kamu”.

Ramai di kalangan para ulama’ sufi yang membincangkan hadis ini dari sudut batinnya, di dalam buku-buku mereka dengan perbahasan-perbahasan zauqiyah, namun cukuplah di sini, kita kutip salah satu kefahaman ringkas dan mudah dari hadis ini iaitu, berkenaan dengan musyahadah dan muroqobah.

Musyahadah (penyaksian) ialah suatu keadaan hudur Al-Qalb fi Hadratillah atau kehadiran hati yang sentiasa melihat bahawasanya Allah s.w.t. melihatnya. Kehadiran hati tersebut merupakan lawan bagi kelalaian.

Muroqobah (pengawasan) merupakan peringkat di bawah peringkat musyahadah, dan ianya merupakan peringkat asas sebelum sampai kepada peringkat musyahadah. Muroqobah bererti, pengawasan diri dan sentiasa menanamkan dan mengingatkan diri kita, bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat dan memerhatikan setiap gerak geri kita.

Thursday, September 13, 2007

Dr Mahathir moves out of ICU

Tun Dr Mahathir Mohamad was moved out of the Intensive Care Unit to a regular ward yesterday.
The former prime minister had spent nine days in the ICU following a second coronary bypass on Sept 4.

He was moved to the Bunga Raya ward at the National Heart Institute (IJN) as doctors were happy with his progress so far.

A statement from the hospital said Dr Mahathir, 82, was able to walk unaided and was on a normal diet.

The IJN, however, is still limiting his visitors to immediate family members to reduce the risk of post-operative infection.
IJN’s medical director Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari said they would continue to monitor Dr Mahathir in the normal ward.

"From now on it will be total rehabilitation," she told the New Straits Times.

"He is a very determined person who wants to recover fast," she said, adding that IJN’s Dietetics and Food Services senior manager Mary Easaw-John was taking charge of Dr Mahathir’s diet.

Tuesday, September 11, 2007

Hukum tidak mengulang bacaan ayat-ayat al-quran sehingga menyebabkan kita lupa?

Apa hukumnya apabila ayat-ayat al-Quran yang dihafal semasa zaman kanak-kanak, terlupa apabila dewasa? Adakah kita berdosa kerana tidak mengulang bacaan ayat-ayat tersebut sehingga menyebabkan kita lupa?

Asas hukum di dalam isu ini adalah hadith-hadith berikut :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم ”

Ertinya : “Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil” ( Riwayat Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)

Abu Ubayd menyebut : “Ajzam” di dalam hadith di atas bermaksud terpotong tangan, manakala Ibn Qutaybah pula menyebut ianya bermakna kerdil. ( Ma’alim as-Sunan, AL-Khattabi, 1/253 ; Awnul Ma’bud, Ibn Qoyyim)

Terdapat ulama yang menjadikan hadith di atas sebagai hujjah dalam isu melupakan hafazan al-Quran. Disebut huraian “yaqra” di atas merangkumi maksud membaca dengan melihat, membaca secara hafaz dan membaca makna Al-Quran kemudian meninggalkan pembacaannya secara lupa atau sengaja. Bagaimanapun hadith di atas telah dihukum sebagai dhoif.

Antara hadith lain adalah :-

“عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن - أو أية - أوتيها رجل ثمّ نسيها”

Ertinya : ” Dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari satu surah dari Al-Quran atau satu ayat ,yang diberikan kepada seorang lelaki kemudian ia melupakannya” ( Riwayat At-Tirmidzi, bab Fadhail Quran dari Rasulullah SAW, no 2840 ; At-Tirmidzi : Gharib; Al-Munziri : Dhoif kerana perawi bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)

Para ulama salaf berbeza pandangan dalam bab melupakan ayat Al-Quran, sebahagian mereka menjadikannya sebagai dosa besar, antaranya Ulama Syafie seperti Syeikh Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya yang mengatakan melalaikan pembacaanya adalah penyebab kepada lupa ayatnya, lupa ini menunjukkan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap Al-Quran. Malah di sebut dalam sebuah riwayat Mawquf :

” ما من أحد تعلم القرآن ثم نسيه إلا بذنب أحدثه , لأن الله يقول (( وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم)) “

Ertinya : Tiada seorang pun yang mempelajari Quran kemudian melupakannya kecuali ditimpa dosa, kerana Allah berfirman : ” Tiadalah musibah yang menimpa kamu kecuali dengan sebab tangan-tangan kamu sendiri” ” mereka menambah : tiada musibah yang lebih besar dari melupakan al-Quran.

Sebuah lagi sambungan hadith di atas tetapi bertaraf mursal menurtu Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani; Ertinya : “..tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari dosa penghafaz al-Quran kemudian meninggalkannya” (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Daud ; Rujuk Fath Al-Bari)

Imam Al-Qurtubi pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghafaz Al-Quran maka telah tinggi darjatnya sekadar mana yang ia hafaz, apabila rosak kedudukan ini kerana lupa maka ia akan membawa kepada jahil, maka jahil selepas berilmu adalah amat buruk. ( Rujuk Fath al-Bari, bab : Kelebihan Al-Quran, no 4650)

Bagaimanapun, sebahagian ulama salaf pula pula menhuraikan maksud lupa di sini adalah melupakannya dengan meninggalkan beramal degan ayat itu. Ini kerana amaran jikakalau lupa ini hanya tertakluk kepada lupakan hafazan al-Quran maka akan berkatalah seseorang , bahawa LEBIH BAIK TIDAK PERLU MENGAHAFAZ TERUS. Maka ia bertentangan dengan objektif Shariah.

Kesimpulannya : Apapun tafsiran dan kekuatan dan kelemahan rawi hadith, sememangnya menjadi kewajiban bagi menjaga hafazan Al-Quran demi mengekalkan ketinggian maqam di sisi Allah, juga amat wajib bagi yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Al-Quran dan memahaminya kemudian melupakannya. Justeru, amat perlu bagi kita umat Islam mengingati hafazan dan ilmu dari al-Qurana untuk di baca dan di amal. Wallahu ‘alam.

Rugilah aku tidak berselawat kepada nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan

Dalam kitab yang sama (Ihya) Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa sesungguhnya berlipatgandanya pahala shalawat atas Nabi Saw. adalah karena selawat itu bukan hanya mengandung satu kebaikan saja, melainkan mengandung banyak kebaikan, sebab di dalamnya ter-cakup :

  1. Pembaharuan iman kepada Allah.
  2. Pembaharuan iman kepada Rasul.
  3. Pengagungan terhadap Rasul.
  4. Dengan inayah Allah, memohon kemuliaan baginya.
  5. Pembaharuan iman kepada Hari Akhir dan berbagai kemuliaan.
  6. Dzikrullah.
  7. Menyebut orang-orang yang shalih.
  8. Menampakkan kasih sayang kepada mereka.
  9. Bersungguh-sungguh dan tadharru' dalam berdoa.
  10. Pengakuan bahwa seluruh urusan itu berada dalam kekuasaan Allah

Masih banyak keutamaan-keutamaan bagi orang-orang yang melakukan atau membaca selawat atas Nabi. Namun penyusun hanya menukil beberapa hadis dan qawl (perkataan) ulama.

Adapun faedah atau manfaat bershalawat atas Nabi Muhammad Saw. sebagaimana dijelaskan hadis-hadis di atas terdapat sembilan belas perkara, yakni:

  1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan dari pada Allah Swt.;
  2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derajat dan menghapuskan kejahatan;
  3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman, apabila kita membacanya 100 Kali;
  4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang shalih;
  5. Mendekatkan diri kepada Allah;
  6. Memperoleh pahala seperti pahala memerdekakan budak;
  7. Menghasilkan syafa'at;
  8. Memperoleh penyertaan dari Malaikat rahmah;
  9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi; Seseorang yang bershashalawat dan bersalam kepada Nabi, shalawat dan salamnya itu disampaikan kepada Nabi;
  10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi Saw.;
  11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki;
  12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca shalawat 100 kali, maka Allah akan melapangkan dadanya dan memberikan penerangan yang sinar seminarnya ke dalam hatinya;
  13. Menghapuskan dosa. Apabila seseorang membaca dengan tetap tiga kali setiap hari, maka Allah akan menghapuskan dosanya;
  14. Menggantikan shadaqah bagi orang yang tidak sanggup bershadaqah;
  15. Melipatgandakan pahala yang diperoleh. Apabila seseorang bershalawat di hari Jumat, maka Tuhan akan memberikan kepadanya pahala yang berlipat ganda;
  16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah di hari qiamat. Menyebabkan doa bisa diterima oleh Allah.
  17. Menyebabkan doa bisa diterima oleh Allah;
  18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari qiamat. Apabila seseorang meninggalkan shalawat kepada Nabi, maka ia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari mahsyar;

Memenuhi satu hak Nabi, atau menunaikan suatu tugas ibadat yang diwajibkan atas kita Apabila seseorang tidak berselawat, berartilah ia enggan memenuhi suatu haq Nabi yang wajib ia penuhi.


bak kate pepatah: sesiapa yang mengingati nabi Muhammad saw dengan berselawat,insyALLAH nabi Muhammad saw mengingatinya dunia akhirat.

Kehadiran Hati dalam Kebersamaan dengan Ilahi s.w.t.

Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Garis pemisah yang membezakan antara zikir dan kelalaian ialah: kehadiran hati bersama Allah s.w.t. (hudur ma’a Allah).”

Sesungguhnya, rasa zikir itu sendiri ialah, mengingati Allah s.w.t.. Ia bermula dengan zikir lisan (menyebut nama Allah s.w.t. dengan lidah), seterusnya zikir hati (kehadiran hati bersama Allah s.w.t.) dan seterusnya zikir sirr (bersama dalam musyahadah Allah s.w.t. dan kebersamaanNya setelah fana).

Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata: “Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”

Seseorang yang sudah merasai kelazatan zikir (mengingati Allah s.w.t.) dalam muroqobah (kewaspadaan hati terhadap pandangan Allah s.w.t. kepadanya), akan sentiasa ingat kepadaNya walaupun tanpa lidah yang menyebut namaNya. Ini merupakan suatu zikir zauqi (dalam bentuk perasaan) di mana seseorang itu rasa diawasi oleh Allah s.w.t.. Inilah yang dipanggil dengan kehadiran hati bersama Allah s.w.t..

Ia merupakan natijah daripada perpindahan ism (nama Allah s.w.t.) ke dalam hati seterusnya diterjemahkan dalam bentuk kebersamaan denganNya secara “muroqobah” (kewaspadaan). Pada tahap ini, akal memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersamaan dalam muroqobah tersebut. Hati pula memainkan peranan dalam menyebut namaNya secara sirr (dari sudut hati) dan lidah pula, digunakan untuk menguatkan rasa kebersamaanNya tersebut, takkala menyebut namanya.

Kehidupan ini antara kelalaian dan kehadiran hati bersamaNya. Setiap kelalaian akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t. dan setiap kehadiran hati akan menghampirkan kita kepadaNya.

Ketenangan hati, kebahagiaan hidup dan kelapangan jiwa hanyalah ada pada seseorang yang sentiasa dalam kebersamaanNya, samada dengan muroqobah (kewaspadaan terhadap pandangan Allah s.w.t. terhadap dirinya) ataupun dengan musyahadah (menyaksikan Allah s.w.t. dalam kebersamaanNya) yang merupakan kemuncak kebersamaan denganNya.

Allah s.w.t. berfirman: “…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. Ingat itu tempatnya ialah dalam pemikiran dan hati. Lisan sebagai pembantu agar membentuk ingatan kepadaNya di dalam akal dan seterusnya di dalam hati.

Monday, September 10, 2007

Penghayatan Ramadhan jiwaku

Ramadhan mengetuk kembali leka-leka yang menyaluti rohani insani. Tiada lagi makan di siang hari. Malam pula, kawan-kawan pergi solat Tarawikh, takkanlah tak ikut sekali? Jadi, sesiapa yang disayangi Allah s.w.t., pasti akan memikir untuk berubah dan mengambil bulan Ramadhan sebagai madrasah tarbiah. Oleh itu, jadikanlah diri kita di kalangan mereka yang disayangi-Nya, dengan keinginan untuk berubah di bulan Ramadhan.

Cukuplah dari leka dengan dunia. Cukuplah dari mengejar kelazatan yang sementara. Cukuplah berlumba-lumba dalam pangkat dan harta. Cukuplah dari tenggelam dalam hiburan yang meleka. Cukuplah dari maksiat-maksiat yang membawa kemurkaan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.

Gantikanlah ia dengan cinta akhirat yang kekal abadi. Gantikanlah ia dengan keinginan untuk mencapai kelazatan maknawi (kebahagiaan) di akhirat nanti. Gantilah ia dengan berlumba-lumba menghampiri Ilahi (s.w.t.). Gantilah ia dengan zikir-zikir yang memenangkan rohani. Gantilah ia dengan amal soleh yang membawa keredhaan Allah s.w.t. yang Maha Mengasihi.

Dunia oh dunia. Engkau tu sekejap, bukan lama. Aku pula, akan mati entah bila. Bila aku mati, engkau nak ikut sama?

Fahamilah…

Ramadhan merenung kita, takkala kita merenung diri sendiri. Ramadhan berkata: “ubahlah diri dalam diriku” takkala kita berkata: “ke mana hala tuju diri?” Takkala itu juga Allah s.w.t.: “Wahai yang bertanya, bukankah Aku lebih hampir kepadamu dari dirimu sendiri?” Mengapa nantikan senja untuk pulang ke pengkalan?

Ramadhan sudah mari. Syaitan dah digari. Nafsu pun lemah dalam kelaparan. Masyarakat pun dah sibuk dalam amalan. Kenapa tidak mahu jadikan ia peluang untuk meraih secebis nur rohani, bernama KEINSAFAN?

Sunday, September 9, 2007

"Jadikan Harimu KeranaNya"- Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah

Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah r.h.l. berkata (dalam buku Al-Fawa'id):

Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), da menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.

Jika seseorang hamba menjalani kehidupannya samada di waktu pagi mahupun petang, sedangkan tiada yang lebih dipentingkannya selain daripada dunia, maka Allah s.w.t. akan memebebankannya dengan bebanan-bebanan dunia dan isinya, sehingga dia akan berduka dan berasa tidak tenang kerana dunia tersebut. Allah s.w.t. akan menyerahkan dirinya kepada dirinya sendiri, tanpa membantunya. Lalu, hatinya sibuk daripada cintaNya, dengan kecintaan kepada dunia yang meletihkan, lidahnya sibuk daripada mengingati Allah s.w.t. dengan mengingati makhluk, dan anggotanya sibuk daripada ketaatan dengan mengejar keduniaan.

Saturday, September 8, 2007

mEnGaPa BlOg sAyA mEmAnG bEst

sebagai orang baru blog ni
saya ingin membuat satu kelainan
blog saya....>

dengan pelbagai sudut penulisan
samada keilmuan,fikrah Islam,
politik,soal jawa hukum hakam
agama.......
adapun perbincangan isu-isu
terkini dalam masalah umat Islam,
bukan itu sahaja,saya akan

.....letakkan artikel berkenaan dengan
sukan dlm dan luar negeri.....>
ape2 hal nti
layarilah blog saya selalu....ok

Friday, September 7, 2007

cEtuSan FikRah

Salam ukhuwah & salam perjuangan
buat sahabat-sahabatku

tanggal 26 Sya`aban 1428/8 September 2007 (jam 7.07 pagi)
detik sejarah bagiku,
kerana tuhan mencetuskan ilham
supaya ku mencipta serta menulis
sebuah blog.

cetusan ingin membuat blog adalah
pengalaman baru yang harus
dimanfaat sebaik-baiknya
utk membuka fikrah (minda).....>

ke arah mencari,mendalami,mencurahkan
serta menyemaikan ilmu ISLAM
kepada mereka yang cintakan ilmu.
Bahkan,yang paling baik adalah
menyebarkan kepada masyarakat
akan kasih dan sayang kepada ISLAM.