Saturday, December 19, 2009

Coret-coret Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hijrah 1431

alhamdulillah sempena 1 Muharram 1431
aktiviti yg cukup bermakna
bagi Ummat Islam khasnya
bagi mereka yang masih dalam
hati rase mengagung-agungkan
Maal Hijrah sebagai Hari Kebesaran Islam.... Tahniah!

Profesor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaraqawi


dalam ucapan beliau di Putrajaya Internasional Convensyen Centre(PICC)
selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 :

#saya sudah lama tidak datang ke Malaysia kire-kire 8 hingga 10 tahun#

#ayat al-Quran menyebut : Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara#

ulasan:

bertepatan lah tema Maal Hijrah 1431 ni *Mantapkan Ukhuwah Perkasa Ummat*
majlis Maal Hijrah 1431 bertambah seri dengan Jemputan istimewa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Ust.Nasarudin Mat Isa telah diberikan tepukan oleh para hadirin yang hadir majlis itu.

pagi sabtu yang harmoni

Muhadhoroh Perdana bersama Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi membincangkan tentang Fiqh Jihad..alhamdulillah dapat juga pergi untuk mencari Ilmu secara direct dari beliau
walaupon untuk smpai ke PICC mengambil masa 40 minit,syukur alhamdulillah

tertarik apa yang Syeikh sampaikan iaitu Jihad terhadap menegah perkara mungkar dengan sepotong Hadis Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik Jihad adalah mengatakan sesuatu yang Hak yakni kebenaran

ulasan :

kalo kite tidak mampu mencegah perkara mungkar dengan tangan maka kite gunakan lidah dengan menasihat.Nasihat ini kita sandarkan dengan hadis di atas.
kefahaman semakin jelas ini bahwa walaupon kita tidak mampu menegah perkara mungkar dengan tangan,kita masih mampu mengatakan sesuatu yang benar(Hak)tentang menegah perkara-perkara mungkar.


Konvensyen Pakatan Rakyat

semoga pakatan ini mendapat keberkatan serta Hidayah Allah
Inilah strategi pakatan rakyat(PR)= PAS PKR DAP
dalam memenangi hati rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang beragama Islam yang masih ade hati dengan Umno supaya mereka berhijrah beramai-ramai untuk berpaut pada bahtera penyelamat(PR) daripada kelemasan dek dikeranakan bahtera Umno sudah banyak sgt bocor lompong tunggu mase terkaram di dasar lautan sekular.

AYUH BERHIJRAH demi Agama, Anakbangsa & Negara sempena Maal Hijrah 1431

selepas Solat Maghrib

sekali lagi kuliah Profesor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di masjid Sultan Abdul Aziz Shah
sekali berpeluang untuk mendengar kuliah Syeikh serta berharap kali ini mencari peluang keemasan untuk bersalaman dengan Syeikh,selepas kuliah teruskan solat isyak berjamaah.berebut-rebut para hadirin untuk mendapat sof depan sekali,Alhamdulillah saya berkesempatan berada sebaris sof depan sekali hanya 6 orang berselang dgn Dr Yusuf Al-Qaradawi.

sebelum solat Isyak,kelihatan Tok guru yang disayangi iaitu Tok Guru Hadi Awang,Anwar Ibrahim serta Mb Selangor merangkap wakil rakyat saya di bandar Tun Razak.

seusai solat isyak berjamaah,saya bertekad untuk bersalaman dengan Syeikh,ciluk demi ciluk akhirnya berjaya juga berdiri di hadapan Syeikh selang seorang tp kecewa sikit kerana ramai sangat para hadirin yang hadir yang berebut-rebut bersalam dengan Syeikh,saya terlepas peluang untuk bersalam.Saya pasrah ini semua ketentuan Allah..hanya mendapat menatap wajah Syeikh,Alhamdulillah ade hikmah tu.

*hati saya terubat apabila mengingati sebuah hadis : melihat wajah para alim ulamak mendapat pahala

# ISLAM didahulukan * Syariat dutamakan #

Thursday, December 17, 2009

Muhadhorah Profesor Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi



pada : 19 disember 2009
hari : Sabtu
Jam : 9 pagi hingga 11 pagi
tempat: Putrajaya

pada malamnya selepas solat Maghrib bertempat di masjid Shah Alam

jOm PakAt MaI

Friday, December 11, 2009

JOM KE DISKO !

firman ALLAH :

# Kamu dijadikan sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia yang menyeru kepada perkara-perkara baik dan menegah perkara-perkara yang dilarang dan beriman kepada ALLAH #

Hari ini!

ummat Islam...

minum air kencing syaitan
pergi disko layan dangdut
xkire tua nk mampus
yg muda ketagih dadah

bdk sekolah menengah bakar dewan sekolah
bdk sekolah rendah xpandai baca muqaddam


hancur....

la ni artis dipuja mcm malaikat maut
Ulamak dimaki hamun

artis diberi anugerah
ulamak x diberi tauliah

teruk GILER BABI...kalo BABI tahu malu beb!

sokong saranan Dr Asri

sy akui ustaz-ustaz la ni mengajar di masjid-masjid
yg dtg hye org same je..boring tgk muke same je

skrg ni misi dakwah wajib berfikir diluar kotak
dakwah diluar kawasan masjid iaitu DISKO

ade berani ker...
BODOH la kite kalo takot berdakwah di disko
atau tempat hiburan

KITE LA YG BODOH kerana x memahami ayat quran di atas
betapa indahnye kite dipuji ALLAH dalam hal tu

skrg ni kite hye mengharap org memuji kite
tetapi kite lupe ALLAH sgt memuji ummat ISLAM
seandainyee......LU BACA ayat diatas tu(LU PIKIAQ LA SENDIRI)

aku tulis artikel ni bukan BORAK-BORAK kosong
penah jgk la nk belasah org pernah buat maksiat berhampiran
dgn masjid.......
DORG Ingat itu mak bapak dorg bayar sewa ke utk buat
MAKSIAT..kalo GUA x tegur jwbnyee AKHIRAT menanti
soalan-soalan panas kenapa LU xtegah MAKSIAT....

aduuuhhh panassssnyeeeee API JAHANAM..takot beb!

hasrat Dr Asri ukt berdakwah kt disko GUA sokong
tgh usaha ni nk join sekaki utk mencari
pengalaman pahit manis dlm mengajak manusia
ISLAM la ni kembali kepada lunas-lunas ISLAM

bak hero UST HASAN ALBANNA

EH kalo LU mati dlm keadaan menegah MAKSIAT
dikire SYAHID beb..lu x caye tyelah ustaz di tv9
xyah la nk pertikai la...

LU xkan x tahu UST HASAN ALBANNA mati SYAHID
pon kerana beliau begitu komited dlm
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR

IZZAH kan mati SYAHID

Thursday, December 3, 2009

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Sejak sekian lama, TGHH berdepan dengan berbagai halangan dan tohmahan.Tohmahan yang dilemparkan kepada TGHH nampaknya tidak pernah lekang dek panas dan tidak pernah reput dek hujan.Demikianlah cabaran yang dihadapi oleh seorang yang teguh dan istiqamah dalam perjuangan.Kalaulah jiwa TGHH tidak teguh, sudah lama beliau hilang daripada peta politik tanah air seperti hilangnya abuya dan ust Nakahei.

Tetapi TGHH masih segar sebagai tokoh yang menerajui PAS selepas pemergian almarhum ust Fadhil Noor.

Aku bukanlah JEMAAH RUSILA YANG BANGANG seperti akhi SP dan aku juga tidak pernah mendengar tazkirah jumaat di masjid rusila walaupun beberapa kali singgah untuk solat di masjid itu.Aku bukan murid kepada TGHH tetapi aku masih menetap di bumi Terengganu dan mengikuti perkembangan TGHH sejak awal beliau menceburi politik negara.

TGHH adalah orang yang bertanggungjawab menegak dan mengembangkan ajaran dan dasar perjuangan PAS.Di kampung asal aku, yang sebelum kehadiran TGHH adalah antara kampung yang hidup ala jahiliyah, tetapi hari ini ramai rakan rakan sepermainan aku dulu sudah menyertai jemaah PAS kerana usaha TGHH.Seorang rakan aku, semasa zaman persekolahannya merupakan seorang kaki skoden di kelab Med, Cherating tetapi hari ini merupakan anggota keselamatan PAS yang istiqamah menyertai program program anjuran PAS.Itu cuma salah seorang rakan lama yang aku temui semasa PRK Kuala Terengganu dulu.Ramai lagi rakan sekampung aku yang bersama sama jemaah PAS.Itu semua berkat kesabaran TGHH menyampaikan wadah perjuangan kepada mereka semua.

TGHH pernah ditangkap polis dan pada ketika beliau dibebaskan sambil melambai lambai tangan kepada penyokongnya, aku ada bersama melihatnya.Ketika ceramah TGHH di salah sebuah surau di kampung aku dulu yang kemudiannya dibatalkan oleh polis, aku berada di saf hadapan dan aku masih ingat lagi ketika polis datang menyampaikan arahan membatalkan permit ceramah, Sabri Chik(sikatak macam Berahim Ali)sedang berucap sebagai penceramah pertama.TGHH juga memulakan tarbiyahnya di sebuah masjid kecil di rusila yang kemudian menjadi sebuah masjid yang bertinggat tinggat.Ketika itu aku berada di Kuala Terengganu dan menyaksikan sendiri bagaimana tekunnya TGHH menyampaikan risalah yang benar.

Aku menyaksikan sendiri dengan mata kepala aku bagaimana murid muridnya ketika itu merupakan pencuri ayam dan kelapa(zaman itu mencuri kelapa muda menjadi kegemaran anak anak muda termasuk aku).Tetapi pemuda yang suka mencuri ayam dan kelapa yang masih hidup hari ini sudah menjadi hamba yang taat dan patuh.Itu semua hasil tarbiyah TGHH yang masih kekal sehingga hari ini.

Aku juga mendengar sendiri dengan telinga aku bagaimana TGHH dituduh sebagai penyebar fahaman syiah, yang mempunyai ilmu menundukkan orang dan pernah berenang dalam kolah masjidnya pada pukul 4 pagi.Selain itu, TGHH pernah dilempar telur busuk ketika berceramah, kereta TGHH pernah dihalang dengan batang kelapa ketika dalam perjalanan ke tempat ceramah.Tetapi semuanya itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus meyebarklan risalah kebenaran yang dianggap wajib ke atasnya.

Jadi hari ini ketika aku mendengar dan membaca berbagai tohmahan terhadap TGHH, antaranya TGHH dikatakan sebagai pelepah kelapa, TGHH dikatakan sama dengan Paklah Badawi, TGHH dikatakan gila kuasa dan berbagai bagai tohmahan lagi, aku hanya senyum sendirian.Tambahan pula aku menyedari TGHH hanyalah seorang manusia yang bukan maasum,tetapi seorang manusia yang sentiasa menitikberatkan syariat.Kerana itu aku tidak kisah dengan kehidupan kelamin dan keluarga TGHH yang mempunyai lebih seorang isteri.Tidak ada salahnya semuanya itu kerana semuanya menepati kehendak syariat agama.Jadi kenapa aku nak terpengaruh dengan tohmahan tohmahan yang tidak ada kaitan dengan tugas menyebar dan menegakkan kebenaran.

Yang paling aku kagumi dengan TGHH ialah sikapnya sejak dari awal beliau menjadikan PAS sebagai wadah perjuanganya, sikapnya yang menterjemahkan prinsip "PANTANG AJAL SEBELUM BERJUANG".Insyaalah semua yang bersama TGHH dalam halaqah perjuangan PAS turut tegas berpegang dengan prinsip ini.Faktanya,PAS tidak akan pergi sejauh ini tanpa TGHH.Hakikatnya, itulah intipati kepada wacana ilmu bersama Tok guru.Kepada yang suka melemparkan berbagai tohmahan kepada TGHH (khususnya kepada ADUKA TERUNA), jangan lupa sejarah dan tanya diri anda sendiri apakah anda sanggup melalui apa yang telah dilalui TGHH.

from tranungkite