Monday, August 24, 2009

jejak Rasul bumi Syam siri per 1


jgn jeles ye akhwat syria kt sebelah tu..=> comelkan..hehe


daku menziarahi bumi Syam(Syria) hampir 81%..sonok dpt menziarahi :

makam nabi: 1. nabi Allah Zulkifli
2. nabi Allah Ayub
3. nabi Allah Yahya
4. nabi Allah Zakaria

gambar disebelah merupakan makam khalifah Saidina Umar Abd Aziz

alhamdulilah sempat sy bertawasul di situ

Friday, August 7, 2009

Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor

Bravo Dato Hasan Ali

Enakmen Jenayah Syariah yang berkuatkuasa sejak 1996. seksyen 18(1) dan (2) enakmen tersebut meletakkan jual-beli arak sebagai suatu kesalah jenayah di Selangor iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

nota
Dato Mufti Selangor sokong Dato Hasan Ali...anda yg bukan mufti tidak sokong..anda telah menzalimi Islam kerana membiarkan Islam dicaci dicerca diperkotak-katik

Hidup ISLAM Hidup PAS
Hancur Kuffar Harbi Hancur Puak2 Abdullah Saba

takbiiiiiiirrrrrrrrr

Saturday, August 1, 2009

Ulamak pakar kaji cuaca..siapakah gerangan itu?



beliau adalah Ibnu Yunus

Ali Bin Abd Rahman Bin Yunus Bin Abdul A`la s-Sadafi.Beliau tokoh yang terkenal dalam ilmu bintang dan ilmu nujum.Belaiu menetap di Kota Idfa dekat Assiut.Ayah beliau merupakan seorang ahli pakar sejarah serta datuknya merupakan seorang ulamak yang pakar dalam bidang Astronomi.

Ketika usianya semasa remaja,beliau telah menjadi seorang yang amat terkenal dalam bidang ilmu sejarah,matematik dan astronomi, beliau bukan sahaja mahir dalam 3 bidang berkenaan bahkan mempunyai kemahiran yang luar biasa.

Pada usia 30 tahun,beliau telah menguasai hampir semua kitab yang berkaitan dengan ilmu astronomi.Oleh itu beliau menacatat sendiri segala penemuan yang akan dibuatnya berpandukan data astronomi yang terkandung dalam alam bintang,planet dan cakrawala dengan menggunakan peralatan observatorinya sendiri.

Fenomena gerhana matahari


kajian demi kajian,pada usia 35 tahun beliau menghasilkan teori yang lebih baik iaitu kejadian fenomena gerhana matahari serta gerhana bulan.Ramalan beliau betul-betul terjadinya gerhana matahari & bulan.Inilah merupakan kemahiran beliau yang luar biasa mampu membuat ramalan yang tepat dengan kuasa Allah.

Pada waktu malam pula,beliau membuat kajian observatori dengan menggunakan teleskop dan alat-alat mengamati bintang,planet serta melihat pergerakan cakrawala mengikut putaran paksi bumi.

Penemuan yang menggagumkan

Setelah membuat kajian demi kajian dalam ilmu astronomi,akhirnya beliau membuat pendedahan yang menggagumkan semua pihak iaitu mencipta alat Pendulum.Alat pendulum ini diperbuat dari logam di dalamnya terdapat satu batangyang tergantung pada `jarum' yang panjang yang diperbuat dari logam juga.Fungsi alat pendulum ini adalah boleh berbuai ke kiri dan ke kanan serta boleh mengetahui berapa lama waktu antara muncul dan hilangnya bintang atau planet di langit.

Beliau telah menggunakan Trigonometri yang banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang rumit dalm bidang astronomi.Selain itu penggunaan trogonometri bulatan dan garisan tangan merupakan sumbangannya terhadap ilmi trigonometri masa kini.Pada masa yang sama,beliau mencipta kaedah baru yang memudahkan amali matematik.Kaedah tersebut berlandaskan penggunaan aritmetik darab menggantikan aritmetik campur.

Beliau juga telah memberikan asas yang terawal bagi matematik logaritma,melalui kaedah ini,kaedah ahli matematik Scotland iaitu John Napier telah mengembang ilmu logaritma pada abad ke 17 masihi.Oleh itu boleh dikatekan beliau adalah orang pertama menggunakan matematik arca duaan yang memudahkan hukum-hukum matematik.

meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat hari ke 3 bulan Syawal tahun 399 Hijrah@1009 masihi