Monday, September 19, 2011

~ KHASIAT PURI DURIAN BELANDA ~




# Bukan Kordial # rasa ASLI berKHASIAT = ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Nutrient Value per 100 grams servings:
• Vitamin: C 20.6
• Calcium: 14
• Iron: 0.6
• Calories: 66
• Dietary Fiber: 3.3g
• Protein: 1g
• Cholesterol: 0mg
• Sodium: 14mg
• Sugars: 13.54g
• Total Carbohydrate: 16.84g
• Total Fat: 0.3g
• Saturated Fat: 0.05g
• Monounsaturated Fat: 0.09g
• Polyunsaturated Fat: 0.06g


Berminat Sila hubungi 017-2369044

* Harga Boleh Di Runding * By Produk From Muslim To Muslim * Menjana Ekonomi Muslim *

Saturday, July 16, 2011

Dari Meja Ketua Penerangan Pemuda PAS Bandar Tun Razak KL



‎"DAN JANGANLAH KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG-ORANG ZALIM yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."[surah Hud : ayat 113]

Ingatkah kita sejarah kezaliman yang berlaku di muka bumi adalah setelah berlakunya pembunuhan Habil oleh Qabil.Ianya terus berlaku sehingga hari ini.Secara fitrah kejadian manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim membenci suatu bentuk kezaliman atau penindasan.
Sehubungan ayat di atas,jelas bahawa Islam mengajar kita supaya tidak melakukan sesuatu cenderung kearah kezaliman.Perkataan `Jangan’ merupakan suatu bentuk larangan Allah agar manusia jangan sewenang-sewenangnya menggunakan nafsu untuk menindas mereka tidak sealiran dengan mereka.Manusia yang melakukan kezaliman harus menyedari bahawa mereka akan dihisap segala perbuatan zalim mereka di Akhirat kelak.
Betapa dahsyatnya azab Allah kepada mereka melakukan kezaliman sedangkan mereka melakukan kezaliman tidak menyedari bahawa para penghuni bumi dan langit menyaksikan perbuatan mereka.Kemanakah kamu hendak lari dari melakukan kezaliman sedangkan Malaikat Izrael sentiasa menanti saat kematian kamu ketika kamu sedang melakukan kezaliman.Amat malang mereka yang ditarik nyawanya saat mereka sedang melakukan kezaliman.

Imam Muslim dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda: "Dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; kaum membawa cambuk seperti ekor sapi, dengannya ia memukuli orang dan wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, mereka berlenggak-lenggok dan condong (dari ketaatan), rambut mereka seperti punuk unta yang miring, mereka tidak masuk surga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau surga itu tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini." Hadits ini diantara mujizat Nabi saw dan bukti kenabiannya. Kedua golongan ini belum ada di masa Nabi saw dan juga masa para khalifahnya. Kedua golongan ini baru muncul disaat manusia jauh dari agama dan tersebar luasnya kezaliman para penguasa diktator yang menjadikan polisi, tentara dan para pembantunya untuk menundukkan rakyatnya. Imam Nawawi mengatakan bahwa hadits ini mengecam dua golongan manusia ini. Al Qurthubi meyebutkan hadits ini tatkala menafsirkan firman-Nya tentang kisah ‘Ad kaum Nabi Hud serta menyebutkan beberapa sifat-sifat tercela mereka yang dilarang Nabi mereka (Hud. As) : Ertinya : “Dan apabila kamu menyiksa, maka kamu menyiksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.” (QS. Asy Syuara : 130) Dia (Qurthubi) mengatakan sifat-sifat tercela ini banyak terjadi didalam tubuh umat ini dimana mereka meyiksa manusia dengan kejam dengan cambuk, pentungan tanpa alasan yang dibenarkan menurut syariah.

Berdasarkan hadith Nabi saw dan dalil Al-Quran di atas,Nabi Muhammad saw telah menyedarinya akan berlakunya kezaliman dari kalangan pemimpin yang Diktator.Hari ini telah terbukti kezaliman telah berlaku di Tunisia,Mesir,Yaman dan yang terbaru Malaysia.Bilamana sesebuah kerajaan melakukan sesuatu tidak didasari dengan syariah Islam,maka akan berlakunya penyalahgunaankuasa berleluasa untuk memastikan terus berkuasa dengan melakukan kezaliman.Islam mengajar umatnya supaya melakukan sesuatu dengan adil dan bersifat Ihsan tanpa mengira agama,bangsa,warna kulit,fahaman politik yang berbeza dan sebagainya.
Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran karangan Dr Syed Qutb mengenai ayat `Dan apabila kamu menyiksa,maka kamu menyiksa sebagai orang-orang kejam dan bengis ‘ : mereka menolak untuk bertaqwa kepada Allah dan Rasulnya.Sesebuah kerajaan yang tidak mahu kembali kepada ajaran Islam yang suci yang bersandar pada Al-Quran & Sunnah maka sudah pasti mereka melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu semata-mata sehingga sanggup melakukan kezaliman pada rakyat.
Namun pemimpin-pemimpin yang tidak ada sifat Ihsan dan Taqwa yakni tidak merasa diri bahawa setiap gerak-geri diperhati Allah dan diberi balasan akhirat kelak,akan mudah terjerebak melakukan kezaliman pada orang di bawahnya yang tidak sependapat dengannya.Pemimpin sebegini secara tidak langsung tidak mencerminkan sebagaimana ajaran Islam inginkan.Lihatlah sejarah Nabi Allah Sulaiman yang memerintah sesebuah kerajaan dengan penuh tanggungjawab yang mampu menguasai angin,jin serta makhluk di bumi.Kisah masyhur ketika Nabi Allah Sulaiman melalui sebuah lembah bukit yang terdapat sekumpulan semut,lalu dengan mukjizat yang diberikan oleh Allah pada baginda yang dapat memahami kata-kata semut yang telah berkata dengan rakan-rakan mereka bahawa Nabi Allah Sulaiman akan melalui lembah ini.Lalu Baginda mengarahkan bala tentera berhati-hati supaya tidak memijak semut di persekitaran lembah tersebut.
Inilah salah satu contoh pemimpin yang hebat yang tidak menzalimi sesiapa pun termasuklah haiwan,bayangkan kerajaan Nabi Allah Sulaiman yang begitu besar dapat menjaga kebajikan rakyat di bawah tanggungannya dengan adil bahkan burung Hud-Hud menjadi pengantara dakwah baginda dengan Ratu Balqis supaya menganut agama menTauhidkan Allah.Secara jelasnya,Nabi Allah Sulaiman menggunakan kuasa pemerintahan kerajaannya untuk memastikan mereka yang berada dalam naungan dan persekitaran supaya mengabdikan diri hanya kepada Tuhan yang maha Esa dalam erti kata kembali kepada agama menTauhidkan Allah.
Sabda Nabi Muhammad saw : selepas dariku, akan ada pemimpin-pemimpin yang barangsiapa membenarkan penipuan mereka, membantu terhadap kezaliman mereka, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangan dia.
Peringatan Hadith di atas kepada rakyat supaya tidak bersubahat dalam perkara yang boleh menzalimi seseorang mahupun membenarkan segala perbuatan yang bercanggah dengan Islam.Harus disedari oleh rakyat bahawa panduan hidup seseorang bersandarkan pada Al-Quran & As sunnah mampu mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kehinaan iaitu menyokong segala bentuk kezaliman oleh sesebuah kerajaan yang memerintah.Amatlah dukacita selaku rakyat yang sanggup membenarkan pembohongan pemimpin yang melakukan kezaliman,maka amaran Nabi Muhammad saw tidak akan mengakuinya sebagai umat baginda.Tidak takutkah?
Allah memuji umat Nabi Muhammad saw sebaik-baik umat dengan melakukan amar makruf,nahi mungkar dan beriman dengan Allah.Tiga elemen ini adalah sangat penting dalam merealisasikan masyarakat (rakyat) bersepadu di bawah naungan Tali Allah (Islam) supaya perjalanan hidup di bumi ini sentiasa mendapat Rahmat kasih sayang Allah serta hidayahNya dan pengharapan hidup bahagia di akhirat yang kekal abadi.

Salam Ukhwah & Salam Perjuangan dari saya,

Muhammad Ubaidillah B. Ahmad Nizal @ Syaikhan Ubaid

Friday, May 20, 2011

- Doa Pilihan Hari Jumaat Minggu Ini -

إجعَل حيَآتِي وحيَآة أحِبتِي ..
نُور على نُور .. ،
آللهمَ مِن ڳٱڼ يٌريدّ بِيْ خْيراً
فقَرِبهٌ مِنيّ . .
...ۆ مِـّڼ ڳٱڼ يٌريدّ بِيْ شَرا
فأبعِدهٌ عَنيّ . .

يـَٱرب ♥

Sunday, May 1, 2011

< Fitnah Oh Fitnah >


Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qalam ayat 10-11 tafsirnya : "Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan".


Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)". {Hadis riwayat Imam Muslim}

Sunday, April 24, 2011

< Hadith Hujung Minggu >

Barang siapa menghidupkan sunnahku maka ia telah mencintaiku, & barang siapa mencintaiku maka ia akan bersamaku di surga"(HR.Thabarani dari Anas ibnu Malik)"Barangsiapa yg berpegang dengan sunnahku,ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yg mati syahid"(HR.Baihaqi)

Thursday, April 21, 2011

< Imam Abu Hanifah >


Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut.

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Monday, April 4, 2011

^ [ Doa Pilihan Minggu Ini ] ^

إجعَل حيَآتِي وحيَآة أحِبتِي ..
نُور على نُور .. ،
آللهمَ مِن ڳٱڼ يٌريدّ بِيْ خْيراً
فقَرِبهٌ مِنيّ . .
...ۆ مِـّڼ ڳٱڼ يٌريدّ بِيْ شَرا
فأبعِدهٌ عَنيّ . .

يـَٱرب ♥

Tuesday, March 29, 2011

Intisari Hadith Nabawiyyah

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.

Friday, March 25, 2011

^ [ Doa Pilihan Minggu Ini ] ^


اللهم لا أعلم ما تخفيه لي الأيام و لكن ثقتي بإنك معي تكفيني .. يا فارج الهم و يا كاشف الغم فرج همي و يسر امري و ارحم ضعفي و قله حيلتي و ارزقني من حيث لا احتسب :)
~ اللهم آآميــــن

Sunday, March 20, 2011

~ Siapa............Berlian Yang Gemerlapan ~


Sabda Rasulullah: " Pada hari kiamat kelak akan ada suatu kaum yg wajahnya bersinar bagai purnama. Dia bertahta diatas mimbar-mimbar bertabur berlian yg gemerlap. Orang2pun iri padanya. Padahal dia bukan Nabi dan bukan pula orang yg mati syahid..".

Seorang sahabat bertanya," siapakah orang itu ya Rasulullah..?"

Rasulullah menjawab," Yaitu orang2 yang sewaktu didunia saling mencintai karena Allah. Mereka terdiri dari beragam suku dan bangsa. Mereka bertemu karenaNYA dan berpisah juga karenaNYA ( HR.Tabrani dan dishahihkan oleh Muslim )