Tuesday, November 10, 2009

2 Tok Guru yg disayangi



Pertemuan Ukhuwah yg sejati
pabile tok guru Hadi dijemput
oleh tok guru Nik Aziz makan bersama

maka betapa bengangnye si parasit2 yg cube
melagakan 2 tok guru..

bukan mudah buat duhai parasit anai2
2 tok guru ditarbiyah dgn Asas Iman
serta keTaqwaan yg ckp cantik yg cube dirobek2
bak musang berjambang kelaparan gasterik..

jgn lupe buat parasit2(anai-anai)
Allah yg maha Arif Bijaksana mengatur
segalanya serta Allah jg menjaga
2 tok guru..

p/s: Allah dh tunjukkan siapakah :

1.Parasit
2.Anai-anai
3.Musang berjambang

Friday, November 6, 2009

Tafsir Surah al-An'am ayat 28 : Golongan yang dimusanahkan Allah dalam al-Quran

artikel from blog Tok Guru Hadi Awang

ALLAH berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh, sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan." (Surah al-Naml:14)

Lihatlah bagaimana kesudahan Firaun, Namrud, Hamman, Qarun, kaum Luth, 'Ad, Thamud dan lain-lain apabila mereka menentang Allah dan rasul-rasul yang diutuskan di kalangan mereka.

Kesimpulannya yang dimaksudkan dengan ayat ini bahawa golongan munafik dan kuffar tersebut, pandai bermuka-muka pada sepanjang zaman.

Mereka menzahirkan keimanan di hadapan manusia dan menyembunyikan kekufuran jauh di sudut hati mereka. Manusia tidak ketahui Allah Maha Mengetahuinya.



Allah menceritakan perihal mereka ini berpanjangan sehingga hari kiamat di mana ketika mereka berdepan dengan azab mereka turut menzahirkan pendustaan tersebut di hadapan Allah.

Walaupun surah ini berstatus Makkiyah, Allah tidak segan menceritakan sifat munafik yang dizahirkan oleh golongan kuffar Arab di masa itu.

Kemunafikan ini berlaku di kalangan penduduk Madinah dan sekitarnya di kalangan bangsa Arab ketika itu.

Kebiasannya Allah menceritakan sifat-sifat munafik di dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah (Madaniyyah) tetapi banyak juga ayat yang mengandungi cerita tentang sifat munafik itu, antara lain firman Allah yang bermaksud, "Dan sebenarnya Allah Maha Mengetahui siapakah yang munafik di kalangan hamba-Nya." (Surah al-Ankabut:11)

Oleh kerana itulah Allah SWT menceritakan tantang sifat-sifat munafik golongan kuffar pada hari akhirat ketika telah nyata azab di hadaan mata mereka.

Mereka berkata sama sahaja dengan apa yang mereka perkatakan kepada manusia di dunia dahulu dan menyembunyikan nifak di hati mereka.

Mereka mengaku beriman dan mahu kembali ke dunia semula bukan kerana mereka benar-benar bertaubat dan beriman tetapi kerana mereka takutkan azab api neraka di hadapan mata mereka, tidak lebih dari itu. Apabila jauh daripada azab, akan zahirlah segala isu hati mereka yang mereka rasakan tidak ketahui oleh sesiapa itu.

Kekufuran dan sifat munafik mereka tidak pernah berubah walaupn mereka di kembalikan segala ke dunia.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kalaulah mereka dikembalikan ke dunia sekalipun tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang daripada melakukannya dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta." (Surah al-An'am: 28)

Mereka itu pembohong besar. Mereka sanggup melakukan pembohongan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada Allah sendiri.

Allah menjelaskan pendustaan itu dengan ayat terdahulu bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka berjanji tidak akan mendustakan ayat-ayat (keterangan) Allah lagi dan menjadi seorang yang benar-benar beriman sekiranya mereka dikembalikan ke dunia semula.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan tentulah mereka akan berkata pula (apabila mereka dikembalikan ke dunia), "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula (sesudah kita mati)."

Mereka tidak percaya kepada hari akhirat. Mereka mendakwa hari akhirat tidak wujud selepas mati. Itu dianggap dongengan atau cerita rekaan Nabi Muhammad s.a.w sahaja walaupun neraka diperlihatkan di hadapan mata mereka dengan nyata, mereka tetap mendustakan kenyataan itu kerana mereka tetap kufur dan munafik.

Kekufuran dan kemunafikan mereka dalah dengan pilihan mereka sendiri dan dengan mempertuhankan hawa nafsu mereka sendiri.

Sebab itulah Allah mengenakan azab kepada mereka berlipat kali ganda, bertambah dari semasa ke semasa.

Padanlah dengan kekufuran mereka selama ini, sifat mereka tidak mahu menerima kebenaran Islam walaupun mereka tidak ada ajaran lain selain Islam yang benar dan sesuai untuk manusia.

Mereka mempunyai cendekiawan yang boleh mengkaji kebenaran agama-agama atau ajaran apa sahaja tetapi sering kali kebenaran itu disembunyikan bahkan dicerca dan dihina begitu rupa oleh mereka yang bergelar oriantalis, ilmuan dan orang bijak pandai.

Friday, October 23, 2009

Hadith Pilihan

عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله :

( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )
حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.

Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini ialah ( الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid.

Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan sanad yang baik.

Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

*Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.*

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.

(2) Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak mana-mana ajaran lslam.

(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.

nota: adakah Umno menurut ajaran sebenar yang di bawa nabi Muhammad SAW?

Sunday, September 27, 2009

jejak Rasul bumi Syam siri ke 2


niat ziarah bumi Syam adalah suatu kemestian
kerana Nabi pernah bersabda bumi Syam(Syria)
adalah Ardhul Barakah....

rezki berada di bumi Syam buakan saje menziarahi
makam-makam para tokoh Islam yg agung...bahkan
diberi kesempatan luangan mase utk mengumpul
koleksi ilmu para ulamak kabir bumi Syam..

Alhamdulillah syukur pd Allah yg maha pemberi rezki
ilmu..walau kesempatan mengumpul ilmu sekadar 2 jam
bersama Syeikh Dr Abd Aziz Al-Khatib Al-Hasani(gambo di atas)
menadah kitab Jauharul Tauhid tetapi cukup amat bermakna
serta terasa keberkatan & keIKHLASan Syeikh yang cukup
meraikan kedatangan kami untuk menadah ilmu beliau...

selepas menadah kitab
saya menghampiri Syeikh lalu memohon utk
dikurniakan Ijazah pemakaian serban...alhamdulillah
syeikh meraikan lalu melilitkan serban di ats kepala
beliau sendiri.

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan 11 (Maghfirah) at Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan
saya buat kali ketiga bersama persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)

Photobucket

saya dijemput utk menyampaikan ceramah yg bertajuk :
Al-Quran Ubat barah Penyakit Sosial


<= bergambar dgn Abd Rahman Al-Amariki

p/s: pengalaman bersama adik2 UniTAR,
mudah2an Allah membalas segala kerja Solehah
dengan sentiasa memberi
rahmatNYA serta HidayahNYA juga MaghfirahNYA
amin Ya Rabb

Monday, August 24, 2009

jejak Rasul bumi Syam siri per 1


jgn jeles ye akhwat syria kt sebelah tu..=> comelkan..hehe


daku menziarahi bumi Syam(Syria) hampir 81%..sonok dpt menziarahi :

makam nabi: 1. nabi Allah Zulkifli
2. nabi Allah Ayub
3. nabi Allah Yahya
4. nabi Allah Zakaria

gambar disebelah merupakan makam khalifah Saidina Umar Abd Aziz

alhamdulilah sempat sy bertawasul di situ

Friday, August 7, 2009

Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor

Bravo Dato Hasan Ali

Enakmen Jenayah Syariah yang berkuatkuasa sejak 1996. seksyen 18(1) dan (2) enakmen tersebut meletakkan jual-beli arak sebagai suatu kesalah jenayah di Selangor iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

nota
Dato Mufti Selangor sokong Dato Hasan Ali...anda yg bukan mufti tidak sokong..anda telah menzalimi Islam kerana membiarkan Islam dicaci dicerca diperkotak-katik

Hidup ISLAM Hidup PAS
Hancur Kuffar Harbi Hancur Puak2 Abdullah Saba

takbiiiiiiirrrrrrrrr