Tuesday, May 19, 2009

Ulama Israil raikan majlis maksiat (Tafsir al-Maidah ayat 78-79)

Kuliah Tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Dilaknat pada zaman Nabi Isa a.s., apabila ada di kalangan Bani Israil menjadi babi kerana mendurhakai Allah.

Ada antaranya Allah mengurniakan mereka Nabi Isa a.s. yang dilahirkan daripada perempuan yang sangat solehah dan kuat beribadat kepada Allah iaitulah Mariam a.s.

Apabila Mariam mengandung Isa a.s., Mariam dituduh berzina, memang dia tidak mempunyai suami, lalu Allah membuktikan bahawa Mariam tidak berzina.

Anak yang dilahirkan itu kurniaan Allah yang menjadi tanda kebesaran-Nya. Setelah Allah menjadikan Adam a.s. tanpa ayah dan ibu, Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk Adam. Allah menjadikan Isa a.s. tanpa ayah.

Setelah Isa a.s. dilahirkan dan dalam keadan masih menyusu itu dibawa oleh Mariam a.s., Bani Israil datang mengerumuni Mariam sambil bertanya: "Wahai Mariam! Mengapa kamu melakukan ini (zina sehingga melahirkan Isa a.s.)?"

Mariam diperintah oleh Allah dengan wahyi daripada Malaikat Jibrail a.s. supaya jangan bercakap. Mariam diperintahkan berpuasa, termasuk tidak bercakap. Hanya mengisyaratkan supaya bertanyakan hal itu kepada anaknya yang masih bayi.

Tiba-tiba anak yang masih bayi itu bercakap: "Sesungguhnya aku hamba Allah," dan menjelaskan bahawa dia dilantik menjadi nabi, beliau telah berkata-kata pada usia bayi yang pada adatnya tidak menasabah bayi bertutur dengan fasih.

Beliau menegaskan beliau adalah seorang nabi dan rasul sebelum sampai usia dewasa. Allah mengurniakan makjizat kepada nabi Isa a.s., antara makjizatnya; boleh menceritakan kepada kanak-kanak sebaya dengannya di mana emak mereka di rumah menyembunyikan kuih yang siap dimasak.
Ini adalah antara mukjizat untuk membutikan Isa a.s. sebagai seorang nabi. Lalu mereka marah kepada Nabi Isa a.s.

Sesetengah kitab termasuk kitab jawi, 'Al-Jauharul Mauhuub Wamunabbihaatul Quluub' menyebut kisah ini.

Mereka mengurung kanak-kanak di satu tempat supaya tidak berkawan dengan Nabi Isa a.s. Ini bertujuan untuk memulau Nabi Isa a.s.

Dikurniakan oleh Allah mukjizat, apabila Isa bertanya di manakah kawan-kawannya, mereka menjawab tidak ada. Tetapi beliau bertanya pula siapakah yang dikurung itu? Dijawab itu babi.

Tiba-tiba kanak-kanak yang dikurung itu menjadi babi. Dan Allah boleh mengembalikan semula manusia yang menyerupai babi itu dengan izin-Nya.
Sementara itu berlaku beberapa kisah yang lain, selepas nabi Isa a.s. dibangkitkan menjadi rasul. Walaupun dalam riwayat ini ada antaranya berunsur Israiliyyat (cerita dibawa orang-orang Yahudi) jika tidak bercanggah dengan nas kita menerimanya. Jika sebaliknya wajib menolaknya.
Jika tiada nas ia menjadi cerita biasa. Itu adalah kekuasaan Allah dan menjadi dalil bahawa Allah melaknat Bani Israil.

Firman Allah yang bermaksud: "Yang demikian itu dengan sebab mereka itu mendurhakai Allah dan adalah mereka itu melampaui batas." (Surah al-Maidah: 78)

Allah menyebut kejahatan yang besar dilakukan oleh mereka terutamanya dari kalangan orang-orang alim mereka. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Adalah mereka itu tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan, alangkah buruknya perbuatan mereka itu." (Surah al-Maidah: 79)

Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Orang alim di kalangan mereka mendiamkan diri dan buat tidak mengetahui apa yang berlaku.

Hadis riwayat Imam Ahmad dari Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Ketika berlaku maksiat di kalangan Bani Israil, di peringkat awalnya orang-orang alim mereka mencegah perbuatan itu. Tiba-tiba bani Israil tidak mendengar tegahan itu dan terus melakukan maksiat. Selepas itu orang-orang alim duduk makan minum sekali dalam majlis mereka."

Selepas Bani Israil terus menerus melakukan maksiat, orang-orang alim tidak lagi bersungguh mencegah maksiat bahkan berkawan pula.

Jika ada jemputan ke majlis golongan maksiat mereka bersegera menghadiri majlis itu dan makan serta minum sekali dengan golongan tersebut.

Jika era sekarang hadir menjadi orang yang membaca doa majlis serupa dengan alasan sekadar membaca doa sahaja walaupn majlis maksiat.

Selepas menghadiri majlis berkenaan, orang-orang alim itu tidak lagi mencegah maksiat yang dilakukan walaupun golongan alim itu tidak melakukannya.

p/s: dulu ada seorang Mufti mengeluarkan FATWA bahawa konsert Jom Heboh TV3 HARAM tetapi konsert itu juga berlangsung di negeri Mufti tersebut.

Mengapa senyap membatu seribu bahasa?
Adakah HARAM bertukar menjadi HARUS ka?

moral: mufti tersebut tidak seTAQWA Imam Hambali sewaktu menjadi mufti

Saturday, May 16, 2009

Abu Yazid Taifur ibnu Isa ibnu Surusyan Al-Bustami: seorang ulamak Sufi

Salah seorang ahli sufi terkenal di Parsi pada abad yg ke 9 ialah Abu yazid taifur.Keasyikkan Abu Yazid beribadah & zuhud pada Ilahi itu tiada bandingan sehinnga ketekunannya itu telah membuatkan Abu Yazid sering terlupa nama anak muridnya,padahal mereka sudah bertahun berguru dengannya.

Satu hari,anak murid menghampiri Abu Yazid selepas menyudahkan solat & Zikrullah,lalu Abu Yazid memandang anak-anak muridnya dan menanyakan anakku,siapa nama kamu?maka jawab anak murid:Guru,Engkau suke mengolok-olokkanku sudah 30 tahun aku menjadi ana murid mu.

Abu Yazid terus tersenyum lalu berkata :aku tidak sama sekali mengolok-olokkanmu tetapi nama ALLAH telah memasuki hatiku dan mengeluarkan semua nama-nama yang lain sehingga setiap kali aku mengingati nama baru,aku akan lupa semula.

Berkata anak murid :engkau bole berjalan atas air,maka jawab Abu Yazid :pokok juga boleh jalan atas air.Lintas Abu Yazid bertanya : apakah tugas manusia sejati yang sebenarnya?
maka jawab Abu Yazid : manusia sejati menggantungkan hatinya hanya kepada ALLAH.

saat akhir hayat Abu Yazid dengan berdoa :
*ya ALLAH aku tidsk membanggakan sikap dan ketekunanku selama ini,aku tidak mempamerkan solat malamku,aku tidak berbicara puasa yang ku kerjakan dan aku juga tidak menyebut semua ibadah batiniah berserta doa-doaku.

*ya ALLAH engkau maha Tahu bahaawa aku tidak menginginkan apa-apa.Semua ucapan yang kuucapkan dengan lidahku bukan lah kerana kesombongan apatah lagi untuk membanggakan diri.Aku menyebut semua itu kerana malu atas semua yang aku lakukan.Engkaulah telah memberi kemurahan hati dengan penuh perhatian.semua pemberianMU itu tidaklah percuma.

Thursday, May 14, 2009

11 Perkara di Sunatkan Mengambil Wudhu` ketika :

1. Setiap kali ingin solat samada solat Wajib mahupun Sunat

2. Ketika hendak menyentuh kitab Hadith,kitab Turath mahupun kitab-kitab rujukan karangan para-para ulamak silam & terkini.

3. Selepas tersedar dari bangun tidur

4. Sebelum melakukan mandi junub(mandi wajib)

5. Selepas waktu marah

6. ketika ingin membaca & mengkaji Hadith

7. ketika hendak melaungkan azan,iqamah,khutbah nikah & menziarahi kubur

8. selepas mengatakan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat

9. selepas ketawa & gelak besar

10.selepas memandikan mayat @ jenazah

11.bagi mengelakkan perselisihan faham pendapat ulamat semasa berdebat @ berbahas

rujukan : kitab Fiqh Islami Wa Adillatihi karangan Dr Wahbah Zuhaili

Tuesday, May 12, 2009

Dr Judah Tantawi ( Ulamak Besar Tanta )

Salam Mahabbah

masih segar dalam ingatan
ilmu Syeikh Dr Judah Tantawi
di Masjid Ahmad Badawi Tanta

setiap selepas jumaat
ku tidak ketinggalan
utk menggarap serta mendalami
ilmu yg disampaikan oleh
Dr Judah

bayangkan sahabatku
Dr judah mentafsir 2 ayat Al-Quran
selama sejam,ilmu yg disampaikan
merangkumi ilmu Fiqh,Tauhid,Mantik,
Tasawuf,Fiqh Sirah Junjungan.

saya sgt merindui ilmu beliau.

itulah ulamak
saya sayangkan ulamak kerana
ilmunya
tp saya sgt benci mereka yg cube
perlekeh,pertikai serta melaga-lagakan
ulamak.

Tuesday, May 5, 2009

Memusuhi Ulamak bererti memusuhi ALLAH versi ke 2

Iktibar dari sikap degil Bani Israil

Oleh itu, ayat-ayat ini hendaklah diambil iktibar oleh setiap orang Islam khususnya dan mereka umumnya agar mereka tidak berperangai seperti Yahudi dan inilah tujuannya. Memang orang Yahudi sukar untuk membaca ayat al-Quran, orang Islamlah yang bertanggungjawab membacanya, maka kita bertanggungjawab juga mengambil iktibar dari apa yang dibaca.

Di dalam ayat 99 surah al-Baqarah Allah SWT menyatakan yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.."

Itu semua adalah tanda-tanda alamat yang nyata, bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya seorang Rasul dan Nabi SWT. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada Nabi-Nya ayat-ayat yang nyata dan terang serta tidak mengkafirkan dengannya melainkan orang-orang yang fasik.

Di dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak mengatakan melainkan orang-orang yang kafir. Bagaimanapun orang kafir itu memang fasik juga atau dengan kata lain, sifat itu memang ada pada orang kafir. Tidak akan ingkar dengan tanda-tanda Allah SWT lahirkan kepada Nabi Muhammad itu melainkan oleh orang-orang yang fasik.

Orang yang jahat sahaja yang mengkafirkan dan tidak percaya dengan tanda-tanda serta ayat-ayat yang dinyatakan oleh Allah, menjadi bukit kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Di antara orang-orang yang fasik itu ialah orang Yahudi Bani Israil yang duduk di Madinah dan mereka melihat perangai dan batang tubuh Nabi serta tahu juga tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman." Ayat 100 surah al-Baqarah.

Sebagaimana Allah menyatakan di dalam ayat-ayat yang lalu, Allah pernah membuat perjanjian dan materaikannya dengan cara yang dasyat seperti menurunkan petir sehingga mereka semua mati dan mereka itu hidup semula kemudian barulah mereka percaya dengan perjanjian itu.

Allah SWT pernah mengangkat bukit Tun Saina' di atas kepala mereka di mana Allah SWT mahu memateraikan perjanjian dengan orang Yahudi dengan mengangkat bukit itu di atas kepala mereka barulah mereka beriman kepada Allah.



- daripada buku : 'Umat yang dimurkai', Kuliyyah Tafsir Tok guru Hadi Awang surah al-Baqarah dari ayat 22 hingga 107, muka surat 167 hingga 172 -

Saturday, May 2, 2009

Memusuhi ulama bererti memusuhi Allah

Orang yang bermusuh dengan para ulama adalah bermusuh juga dengan Allah SWT. Apabila seseorang itu berseteru dengan orang yang menjalankan kerja-kerja menegakkan hukum Allah SWT, maka itulah maknanya orang itu bermusuh dengan Allah.

Firman-Nya menerusi ayat 98 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasuk-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibrail dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir."

Ayat ini terang dan jelas menunjukkan bahawa orang yang menentang Allah, ulama-ulama Islam yang membawa ajaran Islam yang sebenarnya adalah kafir di sisi Allah SWT.

Oleh kerana itulah mengikut apa yang disebut di dalam kitab-kitab yang membahaskan tentang masalah akidah, antara perkara yang membolehkan seseorang itu menjadi kufur ialah bermusuh dengan Allah atau bermusuh dengan wali-wali Allah atau bermusuh dengan orang yang menyebarkan ajaran Allah di atas muka bumi ini. Bermusuh dengan mereka semata-mata merana mereka mahu menegakkan amaran keras, bahawa sesungguhnya Allah bermusuh dengan orang-orang kafir.

Ini bermaksud barang siapa yang bermusuh dengan Allah, bermusuh dengan para pemimpin yang menyebarkan ajaran-ajaran-Nya, bermusuh dengan Rasul-rasul Allah, Jibrail dan malaikat Mikail serta malaikat yang lain adalah kafir kerana amarah Allah di dalam ayat tersebut.

Oleh kerana itu, kamu hendaklah sedar dan faham bahawa apabila kamu berseteru dengan Allah SWT dan menentang-Nya, maka mereka juga akan ditentang.Kita minta berlinding dengan Allah SWT daripada yang demikian itu, agar Allah SWT menjadikan kita ini termasuk di kalangan pengikut agama-Nya, di kalangan 'Jundullah' (tentera-tentera Allah) dan Allah Taala jadikan kita ini, pemimpin-pemimpin yang menjalankan ajaran-Nya serta menegakkan hukum-Nya bukan pemimpin yang mahu mencari keredhaan manusia semata-mata, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

"Patutukah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

"Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang menegaskan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)."

Ayat-ayat yang dibaca sebagaimana maksudnya yang tersebut dalam siri yang lalu, masih lagi menceritakan tentang perangai orang-orang Yahudi Bani Israil di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut kaedah ilmu tafsir, iktibar atau pengajaran itu diambil daripada lafaz yang umum bukan dari sebab-sebabnya yang khusus.

daripada buku : 'Umat yang dimurkai', Kuliyyah Tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang,surah al-Baqarah dari ayat 22 hingga 107, muka surat 167 hingga 172