Monday, December 20, 2010

LANGKAH DAN STRATEGI MENANGANI KEGIATAN GEJALA SOSIAL & MAKSIAT !


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terus berusaha bagi menggandakan lagi usaha-usaha pencegahan gejala sosial dan Maksiat . Sehubungan dengan itu beberapa langkah dan strategi baru bagi pemantapan kaedah yang digunakan kini telah dikenalpasti untuk dilaksanakan. Antara langkah dan strategi tersebut adalah seperti berikut:

1.Menambah bilangan Pegawai Penguatkuasa Agama. Jumlah Pegawai Penguatkuasa sebelum ini adalah berjumlah 5 orang dan kini bilangannya telah ditambah kepada 10 orang.

2.Menambah masa bertugas penguatkuasaan iaitu dari 8 jam kepada 24 jam sehari.

3.Menambah bilangan hari rondaan pemantauan dari 3 kali kepada 5 kali seminggu

4.Mengedarkan brosur yang mengandungi maklumat mengenai jenis kesalahan jenayah syariah, langkah penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman.

5.Kempen pencegahan gejala sosial dan kesedaran dijadikan aktiviti sepanjang tahun yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi Unit Penguatkuasaan JAWI, mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara JAWI dengan komuniti setempat seperti Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), JPA dan NGO. Kempen ini diharap dapat menggalakkan orang ramai memyampaikan aduan mengenai gejala sosial kepada pihak JAWI.

Menyedia dan memaklumkan nombor talian aduan kepada orang awam. Nombor talian yang dimaksudkan ialah nombor telefon pejabat dan telefon bimbit individu Pegawai Penguatkuasa. Tindakan ini akan membolehkan aduan sampai serta merta kepada pihak penguatkuasa. Nombor talian ini telah dimaklumkan kepada IPD, Pengawal Keselamatan, Perbadanan Putrajaya dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau.

6.Mewujudkan hubungan dengan badan-badan kerajaan dan NGO bagi memudahkan gerak kerja tugas penguatkuasaan dijalankan. Badan-badan kerajaan berkenaan adalah IPD, BPH, dan JPA.

7.Orang awam juga boleh menghantar aduan melalui Gerbang SMS JAWI melalui langkah berikut:
JAWI < jarak > ADUAN < jarak > aduan anda
Dan hantar ke 15888. Setiap SMS dikenakan caj RM0.20 tidak termasuk caj TELCO.
Beroperasi 24 jam sehari.

8.Bagi mendapatkan sesuatu bukti dan mengekalkan bukti tersebut, beberapa langkah perlu diambil seperti penyediaan perakam video dengan dapatan suara yang berkualiti, telefon bimbit yang menghasilkan gambar dan suara yang berkualiti, menyediakan gari, komputer, teropong dan lain-lain.

p/s : Jasa Kalian Amar Makruf Nahi Mungkar Mendapat Pahala Berterusan hingga di Alam Akhirat nanti ~InsyaAllah~

Wednesday, December 1, 2010

Info Sains & Teknologi : Bagaimanakah bintang terbentuk?


Sejak ratusan tahun dahulu manusia menjadikan bintang sebagai rujukan arah berikutan kedudukannya yang tetap dan mudah untuk dikenal pasti ekoran cahayanya yang amat terang.

Sebenarnya bintang tidak berklip sebagaimana sering kita dengar ungkapan kerlipan. Namun, kerana kedudukan bintang terlalu jauh sinarannya seolah-olah berkelip.

Sehingga kini, bintang terus menjadi pujaan manusia berikutan ia merupakan antara ciptaan Tuhan yang mengagumkan.

Malah, antara bintang yang terdekat dengan planet bumi adalah matahari.

Namun tahukah anda bagaimana bintang terbentuk?

Ia terbentuk dalam gumpalan awan bermolekul iaitu sebuah medium antara bintang-bintang lain yang luas dengan kerapatan yang tinggi.

Pada peringkat awal, pembentukan bintang bermula dengan proses gas yang berkumpul lalu membentuk gumpalan awan di ruang angkasa lepas.

Gumpalan awan tersebut sebenarnya mengandungi gas hidrogen dan sekitar 23 hingga 28 peratus gas helium serta beberapa peratus elemen berat.

Setelah beberapa lama, teras awan tersebut bertukar menjadi sebuah kawasan yang memiliki kepadatan yang amat tinggi sehingga tidak stabil secara graviti, berpecah dan berlakunya letupan.

Sebahagian daripada daya graviti teras bintang yang hilang dalam kemusnahan tersebut bertukar sebagai haba infra dan sekali gus meningkatkan suhu teras.

Apabila kepadatan dan suhu menjadi cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, seterusnya tekanan luaran menghasilkan sinaran secara memperlahankan.

Manakala bahan lain dari gumpalan awan disekelilingnya akan berterusan diserap ke dalam proto bintang.

Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang, dan bahan penyalut yang lain mulai hilang.

Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukannya boleh dibandingkan dengan skala masa lain bagi evolusi mereka. Ia lebih pendek, dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas.

Bintang akan mencapai jujukan utama apabila terasnya mencapai suhu yang mencukupi untuk mencetuskan perlakuran hidrogen dan memulakan keseimbangan hidrostatik.

Sepanjang bintang yang berada di dalam jujukan utama, ia secara perlahan-lahan menukarkan hidrogen kepada helium dan hayat bintang dalam jujukan utama akan tamat apabila hampir ke semua hidrogen dalam teras habis digunakan.

Proses pembentukkan bintang tersebut memakan masa yang amat panjang iaitu jutaan tahun.

*sumber : Utusan Malaysia

Sunday, November 21, 2010

Celaka Celaka Celaka !


FITNAH

* Rasulullah saw diFITNAH : mengamal ilmu sihir
* Abu Bakar,Omar Al-farouq,Uthman Affan & Ali serta para Sahabat,Tabi`in,SalafuSoleh
( 4 Mazhab ),para Ulamak juga diFITNAH !

Zaman Moden

*kisah seorang tok guru telah diFITNAH sebagai sesat
tetapi beliau tetap bersabar...akhirnya selama 13 tahun berlalu....

Allah taala yg Maha BerKuasa telah menunjukkan
bahawa orang telah memFITNAH tok guru tersebut...

telah melakukan kesalahan DOSA BESAR yakni MEROGOL anak orang
bahkan telah melakukan penyelewengan duit sebuah persatuan...

~moral of story~

orang yang membuat FITNAH,menyebarkan FITNAH adalah FASIQ

* kerana orang sebegini lah: para Sahabat Nabi telah Syahid dalam peperangan Siffin !

* yang paling JAHANAM : mereka yang suka melaga-lagakan supaya orang lain bermusuhan


@Allah SWT berfirman dalam Surah Al Hujurat 6-8
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu seorang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. Dan ketahulilah olehmu bahwa diantaramu ada Rasulullah. Kalau Ia menuruti (kemauan)mu dalam beberapa urusan maka benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikanmu cinta pada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikanmu benci pada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus sebagai karunia dan nikmat dari Allah dan Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.

p/s : SILA LAH BERFITNAH-FITNAH..MOGA KURANGNYA RASA NAK BERIMAN DENGAN AYAT AL-QURAN DI ATAS !

Sunday, October 17, 2010

* Ayat-Ayat Sufi *


قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "لأن أموت صادقا خير من أن أعيش كاذبا".

~ Sesungguhnya, kalau saya mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya ~

Saturday, October 2, 2010

* VIR *



~Visionary~ ( Berwawasan )

Aku bercita-cita untuk mengecapi segulung ijazah doktor falsafah, tidak cukup dengan sijil peringkat 'O' yang aku miliki. Aku mempunyai wawasan untuk menjadi usahawan paling kaya, tidak sekadar usahawan biasa.
Aku beriltizam untuk menanam nilai-nilai positif di dalam diri anak-anak demi membina keluarga utuh dan berjaya.


~Ihsan~

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora? Aku ikhlas memaafkan sesiapa jua kerana aku seorang yang cintakan keamanan dan keharmonian. Dengan sikap sedemikian, aku akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang-orang di sekelilingku.


~Resilient~ (Berdaya Waja)

Sebagai seorang wanita alaf ini, aku perlu cekalkan hati, kuatkan semangat untuk terus bergerak maju demi masa depan anak-anakku. Perkataan "tidak boleh" itu sebaik-baiknya dilontarkan sahaja keluar dari kamus peribadiku. Biarpun perlu berkorban tenaga ataupun wang ringgit tetapi cita-cita yang telah pun dilakarkan perlu aku kecapi jua akhirnya

Friday, September 24, 2010

Anda Percaya....Antibiotik diperbuat daripada kulat ?


Umum mengetahui ubat yang dikategorikan dalam kelas antibiotik mempunyai fungsi untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria.

Namun tahukah anda antibiotik juga sebenarnya diperbuat daripada sumber biologi mikro organisma kulat yang melalui proses sintesis kimia.

Ia bertindak dengan cara menyediakan imunisasi untuk membunuh semua bakteria yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya.
Antara jenis antibiotik yang sering digunakan dalam bidang perubatan adalah seperti Penisilin dan Streptomisin.

Terdapat pelbagai jenis Penisilin di mana setiap satunya mempunyai fungsi khusus membunuh kuman tertentu.

Penyakit-penyakit yang boleh dirawat menggunakan Penisilin adalah seperti siflis, gonorea, antraks dan pneumonia.

Untuk Streptomisin pula, ia merupakan ubat antibiotik yang digunakan sebagai pestisid bagi melawan pembiakan alga dan fungus (kulat).

p/s : gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata ~jgn mara haaaa~ (",)

Saturday, September 18, 2010

Thursday, September 9, 2010

Tuan Guru Dr. Haron Din ~kami merinduimu~


*#* Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Tok Guru sihat wal-afiat daripada sakit jantung~ya Allah kami memohon Syafaat nabi Muhammad saw kerana menyayangi Ulamak kerana Ulamak itu mewariskan ilmu yang penuh barakah..Allahuma Amen~*#*

Friday, September 3, 2010

Pandangan Islam mengenai soal bersolek-berpakaian !

Hukum tabarruj adalah haram. Wanita yang bertabarruj adalah berdosa kerana ia melanggar arahan Allah di dalam al-Quran iaitu firmanNya;

وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“…dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Adapun makna tabbaruj; dari sudut bahasa ia bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu iaitu menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. (al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi, hlm. 238). Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan. (Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33)

Secara terperinci, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;[1]

1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja
3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.
4. Bergaul bebas dengan para lelaki
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi.
2. Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33.
3. Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).
[1] Lihat; al-Halal wa al-Haram, hlm. 160, Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).

p/s : Ramadhan bulan terBAIK untuk Muhasabah Diri Anda selaku Wanita BerMaruah !

Tuesday, August 31, 2010

*sAntAi-SaNtaI*

Panduan Mengecat Rumah Dengan Betul



MENGECAT seperti seni lukisan memerlukan teknik dan langkah yang betul bagi mendapatkan impak berkesan. Jika karya lukisan dikagumi kerana memaparkan estetika, dinding kediaman sesuai gaya penataan berupaya mengungkap karektor ruang sekali gus menyediakan suasana menarik untuk dihayati. Bagi mendapatkan hasil sempurna, empat langkah mengecat disediakan ICI Dulux Colour Solutions berupaya membantu khasnya mengenai bagaimana dan di mana kerja-kerja mengecat perlu dimulakan. Empat langkah yang perlu di ambil kira jika mahukan hasil cat yang baik iaitu:
Bersihkan permukaan yang mahu dicat

Sebelum kerja mengecat dimulakan, pastikan permukaan mana-mana ruang sama ada di dalam dan luar kediaman dibersihkan terlebih dulu. Untuk kawasan luar rumah, biasanya akan ada masalah ruang atau dinding berkapur, berlumut atau ada sisa cat yang tertinggal atau cat merekah. Justeru, gunakan saja penyembur air berkuasa tinggi untuk membuang sisa atau kapur yang terlekat. Boleh juga gunakan sudip untuk membuang sisa cat atau lumut yang terlekat. Bagi ruang dalaman rumah, penggunaan penyembur air berkuasa tinggi atau air yang banyak sudah tentu tidak sesuai kerana ia boleh membasahkan ruang berkenaan. Justeru, gunakan kain pengelap dan basahkan dengan sedikit air untuk membuang habuk atau kapur yang melekat di dinding.

Pilih peralatan yang berkualiti
Selepas permukaan dinding dibersihkan, maka kerja mengecat sudah boleh dilaksanakan. Namun, pemilihan peralatan mengecat perlulah berkualiti jika anda mahukan hasil yang baik. Untuk kerja mengecat, berus atau penggelek cat perlu berkualiti. Pastikan bulu berus cat tidak mudah tercabut kerana ia akan mengganggu kerja mengecat dan menghasilkan cat yang tidak rata. Berus dan penggelek cat yang baik biasanya boleh dibasuh dan digunakan semula. Basuh menggunakan air biasa atau minyak mengikut jenis cat yang digunakan. Berus dan penggelek cat yang baik biasanya menggunakan bahan yang lembut bukannya keras.

Pilih cat yang sesuai

Gunakan cat untuk luar rumah hanya untuk kawasan berkenaan saja. Cat luar kediaman biasanya boleh juga digunakan untuk ruang dalaman kediaman. Namun, cat untuk dalaman rumah tidak boleh digunakan di luar kediaman. Baca label pada tin sebelum memilih cat. Cat ada beberapa jenis mengikut kandungan dan kesesuaian serta material yang digunakan. Jangan gunakan cat untuk besi bagi permukaan berasaskan kayu begitu juga sebaliknya.

Waktu mengecat

Kerja mengecat sebenarnya tidak boleh dilakukan sesuka hati saja. Untuk mendapatkan hasil yang baik beberapa perkara perlu di ambil kira terutama jika kerja mengecat membabitkan kawasan di luar kediaman. Waktu yang paling sesuai untuk mengecat luar kediaman adalah pada waktu pagi dan petang iaitu ketika matahari tidak terik. Ini kerana sesetengah cat cepat kering dan tidak digalakkan mengecat pada waktu panas terik kerana ia memberi tindakan kimia kepada cat yang digunakan. Apabila cat cepat kering akan menyebabkan cat merekah. Elakkan mengecat pada waktu hujan kerana ia menyebabkan cat hilang.

Tip: Langkah kerja mengecat
• Siling - Amalkan mengecat bahagian siling dulu bagi mengelakkan cat menitis terus ke atas permukaan lantai dan dinding.
• Dinding - Cat sempadan dulu selanjutnya menghala ke bawah. Sentiasa mulakan dengan mengecat tingkap terletak di hujung bilik dan jauh dari sumber cahaya bagi memudahkan anda melihat bahagian kawasan yang sudah selesai dicat.
• Tingkap dan pintu - Sebelum mula, lindungi bahagian yang tidak perlu dicat seperti engsel, tombol, selak dan sebagainya. Bagi tingkap, cat bahagian rangka dalamnya dulu baru diikuti bingkai serta rangka yang lain. Sementara, untuk pintu, cat mana-mana acuan dulu sebelum panel, segmen melintang dan menegak manakala tubir pintu dicat akhir sekali.
• Lantai - Ia dicat selepas dinding dan bahagian lain kering sepenuhnya. Bagaimanapun, pastikan lantai dibersih terlebih dulu kerana partikel habuk dan butir pasir menjadikan cat dilihat menggerutu dan tidak rata.

Friday, August 27, 2010

From Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan !

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."

Non Muslim memasuki masjid @surau..Bicara Hukum !

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah
sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana
firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan
Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang
hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.

Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam
masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan
junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa
pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam
masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam
keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak
haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam
keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang
Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam
keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut
ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil
Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :

“Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd.
Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (
tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin
Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (
HR al-Bukhari )

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat
secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain
Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam.
Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada
mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan
berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas
bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid
selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat
yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai
dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan
memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak
meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-
masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.


sumber: buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan negara Brunei Darussalam

*Adapun non Muslim ingin memasuki Masjid@surau mesti memahami serta mengikut peraturan supaya tidak menimbulkan fitnah.

Wednesday, August 18, 2010

Kes Buang Bayi & Jalan Penyelesaian Mengikut Perundangan Islam~Perbincangan Ilmiah~

KES pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi hasil hubungan luar nikah pasangan muda yang terlanjur tidak kira kerana suka sama suka, terlalu percayakan lelaki, dirogol atau tekanan keluarga, kian membimbangkan.

Melihat bayi dibuang seperti sampah, ditinggalkan di merata tempat, menggambarkan sifat manusia yang semakin kejam hingga sanggup membunuh sedangkan al-Quran menegaskan tiada siapa yang boleh mencabut nyawa sama ada dirinya atau orang lain.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup di tanya. Apakah dosanya sehingga dia dibunuh?” (Surah at-Takwir, ayat 8-9)

Jika diajukan soalan ini, pasti pihak tidak berperikemanusiaan itu tidak boleh menjawabnya.

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan sah kerana secara fitrahnya manusia berhajat serta mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran.” (Hadis riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Anak sepatutnya dibelai dengan kasih sayang. Perlakuan membiarkan atau mengabaikan anak menjadikan manusia lebih rendah martabatnya daripada binatang yang tahu sayangkan anak.

Melihat realiti pembuangan bayi yang menggerunkan, langkah kerajaan memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat adalah langkah wajar.

Kes pembuangan bayi dicadangkan diklasifikasikan sebagai kes bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hukuman gantung sampai mati juga bertepatan dengan konsep qisas diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah, bertujuan menjaga prinsip perundangan Islam tertakluk di bawahnya lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.

Qisas bermaksud memotong dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan syarak melalui nas al-Quran dan hadis. Kesalahan diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

Mengikut hukum qisas, seseorang penjenayah mesti dikenakan hukuman sama seperti dilakukan terhadap mangsanya. Jika membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami tetapkan atas mereka dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, mata dibalas dengan mata, hidung dibalas dengan hidung, telinga dibalas dengan telinga, gigi dibalas dengan gigi dan luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak
membalasnya maka jadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah, ayat 45)

Pembunuhan dalam Islam terbahagi kepada tiga iaitu pembunuhan sengaja, pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja. Pembunuhan sengaja ialah membunuh dengan niat yang dikenakan hukuman qisas atau diat.

Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Dalam kes pembuangan bayi, seseorang yang membuang bayi hingga menyebabkan kematian atau tidak boleh dianggap sebagai membunuh dengan sengaja.

Pembunuhan separuh sengaja ialah seperti memukul dengan tongkat atau melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang itu (tanpa niat membunuhnya).

Pembunuhan tidak sengaja pula seperti seorang tertembak rakan disangkanya binatang buruan. Hukuman bagi jenayah pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah diat saja.

Bagi hukuman membabitkan penjara pula, termasuk dalam kategori hukuman yang dikenakan atas kesalahan takzir, hukuman ditentukan oleh pemerintah berdasarkan kemunasabahan dengan mengambil kira suasana serta keadaan pesalah.

Langkah menguatkuasakan hukuman berat wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana perbuatan mereka tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. Kesedaran kepada masyarakat saja tidak mencukupi.

Sebaliknya, masyarakat harus disedarkan perlakuan jenayah membuang bayi ini dengan mengenakan hukuman berat seperti gantung sampai mati ataupun hukuman penjara. Ini perlu bagi membendung gejala ini yang semakin berleluasa.

*Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
sumber : berita harian

Sunday, August 8, 2010

Masjid Apollo Cairo Egypt *versi Ramadhan Karem*


Teringat daku Imam Syeikh Ali
menjadi imam terutama dalam bulan Ramadhan
walaupon hanya melakukan solat Teraweh 8 rakaat,
bacaannya begitu tartil bertadabbur
sesiapa mendengar bacaannya dapat menghayati
alunan lunak suara merdunya

p/s ; rindunye nak dengar suara Syeikh Ali..Allahu Rabbi (",)

Monday, August 2, 2010

Hukum Membasahkan hujung jari dengan air liur apabila membuka Mushaf Al-Quran

وفي القليوبي على المحلي يجوز ما لا يشعر بالإهانة كالبصاق على اللوح لمحوه ؛ لأنه إعانة ا هـ .
وفي فتاوى الجمال الرملي جواز ذلك حيث قصد به الإعانة على محو الكتابة وفي فتاوى الشارح يحرم مس المصحف...ليه ريق إذ يحرم إيصال شيء من البصاق إلى شيء من أجزاء المصحف



oleh itu kalau guna air liur atau ludah untuk membantu membalik muka surat atau mushaf maka dibenarkan selagi tidak membawa kepada penghinaan cth meludah atas papan lauh untuk sapu tulisan al-quran mgkt fatwa imam al-jamal dan imam ramli. pada pandangan lain haram sentuh mushaf dengan air liur

Thursday, July 29, 2010

11 Jenis Manusia diDoa Malaikat !


Inilah orang – orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’”

2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)


3. Orang – orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf – shaf”

4. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih Bukhari no. 782)

5. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

6. Orang – orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

7. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

8. Orang – orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

9. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang makan sahur”

10. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

11. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

~ ya Allah daku ingin tergolong 11 orang yang didoakan para MalaikatMu..amin ~

Saturday, July 10, 2010

Wednesday, July 7, 2010

Isra` & Mi`raj 2

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Sunday, July 4, 2010

Isra` & Mi`raj 1


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Thursday, July 1, 2010

Monday, June 7, 2010

Ayatollah Khomeini: Masyarakat kita lebih baik daripada masyarakat Nabi Muhammad

Bekas Menteri Luar Negeri Iran, Ali Akbar Velayati yang juga pernah menjadi penasihat senior bagi Presiden Iran, Ali Khamenei baru-baru ini mengungkapkan kenyataan yang cukup kontroversi.

Dalam sebuah program televisyen, Ali Akbar Velayati mengatakan bahawa pada masa hidupnya sewaktu memperingati perayaan pemulihan kota Khorramshahr (Muhammarah) dari pasukan Iraq, Ayatullah Khomeini yang sering digelar Imam dan Ruhullah oleh para pengikut Syiah memuji pembebasan kota tersebut dari pasukan Saddam Hussain dan mengatakan: "Tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita, bahkan masyarakat (sahabat) Nabi Muhammad saw."

Velayati memberitahu bahawa Ayatullah Khomeini mengatakan bahawa dirinya memiliki perasaan cinta yang khusus terhadap masyarakat dan bangsa Iran dan menegaskan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita (Iran) bahkan masyarakat di zaman Rasulullah saw yang ada di jantung Islam (Mekah dan Madinah)

p/s: Nabi Muhammad saw disisi ALLAH : kekasih ALLAH...tp ayatollah Khomeini disisi siapa...... sehingga memperlekeh zaman nabi..Lu ade otak lu pikir la sendiri ! wa sudah tgk youtube betapa ulamak Syiah sanggup melaknat saidina Abu Bakar,Umar Al-Khattab dan saidatina Aisyah di dalam solat..sedangkan mereka telah dijanjikan Syurga oleh nabi Muhammad saw..adakah ulamak Syiah itu berpeluang masuk NERAKA JAHANAM ?

Friday, June 4, 2010

Kamal Artartuk adalah Pengasas UMNO TURKI

kubur si NATANG Kamal Artartuk

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira(Boneka) yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam.

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.

sumber:ENSIKLOPEDIA ISLAM SAFIR

p/s: UMNO mula berjinak-jinak mengikut jejak langkah si Laknat Kamal Artartuk termasuk lah isu lesen JUDI BOLA diHALALkan,APCO(ajen Israel),isu ISA dan banyak lagi...kepada ahli UMNO pintu ruang untuk bertaubat masih terbuka luas lagi,ayuh berubah la diri dengan kembali mengikut cara hidup Islam yang menyeluruh!

Friday, May 21, 2010

Sisipan Rohani ~ Hadith Pilihan ~

bersama Mufti Mesir Syeikh Dr Ali Jum`ah

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Monday, May 10, 2010

Saturday, May 8, 2010

Renungan Hadith Harini

Nabi Muhammad saw bersabda dengan maksudnya “Aku memberi jaminan kepada mereka yang meninggalkan pertengkaran sedangkan ia berada di pihak yang betul, maka akan ditempatkannya di tengah-tengah syurga. Dan sekiranya ia meninggalkan pertengkaran sedangkan ia memang bersalah maka akan ditempatkannya di tepi syurga.”

Saturday, May 1, 2010

noStAlGia pIaLa ThOmAs 1992=2010 akan SinAR or siRnA ?

SELEPAS 18 tahun berlalu, jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, semalam mendedahkan rahsia sebenar di sebalik kekalahan Indonesia ketika membuat perhitungan menentang Malaysia pada final Piala Thomas 1992 di Stadium Negara.

“Kekalahan Indonesia bukan kerana kami tidak kuat tetapi disebabkan pemain dan penyokong Malaysia ketika itu bersatu hati. Itulah faktor sebenar yang menyebabkan kami tewas dalam perlawanan akhir itu.



inilah barisan pemain kebanggaan rakyat Malaysia

p/s : AYUH KITA RAMPAS KEMBALI PIALA THOMAS KE TANGAN MALAYSIA..MALAYSIA BOLEH

Thursday, April 15, 2010

Dialog bersama anak-anak MIC

Dialog nih jangan disalah tafsirkan bahwa saya nak masuk MIC..@ nak ber`UG' pulak..kalo si TB wanji labakistani baca post nih konfirm saya kene fitnah bertubi2..kalo fitnah saya xpe lagi tp jgn sesekali mengfitnah Ulamak..apetah lagi menghina Ulamak kepala lutut...


Samy Vellu

syaikhan ubaid bertanye : Apemcm Samy Vellu ada bagus...?

anak MIC : hurm..Samy Vellu not Used..not used

syaikhan ubaid : why...?

anak MIC : dia(Samy Vellu) halau dan roboh rumah kami..

syaikhan ubaid : saya terdiam..berfikir sejenak..same je cam UMNO..dh 2 x 5 = 5 x 2 SAMDOL


p/s: xpernah dengar pulak si Samy Vellu ni hina Ulamak..barangkali dia x berani nak hina Ulamak..tp Si Wan ji ni lebih teruk perangai dari Samy Vellu..

Tuesday, April 13, 2010

gambar puak-puak Pas RECOND

Dimanakah mereka bile tok guru Nik aziz dihina & difitnah oleh Kickdefella


WHY HUSAM MUSA MEMBISU SENYAP MEMBATU BILE ORG KUAT DIA MENGHINA SERTA MENGFITNAH TOK GURU NIK AZIZ....


WHY KHALIDSAMAD X SOKONG SARANAN TOK GURU PRESIDEN PAS DALAM ISU RUKUN NEGARA YANG PERTAMA [ KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH ]...?adakah si khalid terjerat...dahla kene gantung kene pulak jerat..mmg MALANG..

p/s : gambar khalid bersama abg UMNOnye..

Saturday, April 10, 2010

Bravo Chelsea

Gol per 1 [ drogba ]

Gol ke 2 [ malouda ]



Gol ke 3 [ Frank Lampard8 ]

Thursday, April 1, 2010

borak-borak Ahmad Husni dengan Ust Nasa diSENGALkan

Ni adalah ayat-ayat BODOH bertingkat anak pak cik Wan Hussin like gambar disebelah ni:->

*Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat*

wartawan harakah bertanya:

“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“

syaikhan ubaid pertikai :

saya rase wartawan ini kurang di ajar beradab mak ayah dia kerana nak menyapa seseorang yang tidak dikenali tanpa memberi salam,tibe-tibe datang dengan muke seposen nak menyampuk hal orang lain....

xreti bahasa ke dalam waqi` kafeteria adalah lumrah seseorang akan berborak-borak macam kite selalu minum teh tarik di kedai mamak sambil mengumpat,mengeji memfitnah BETOL X ANAK PAK CIK WAN HUSSIN.

KALO LA PAKCIK HUSSIN TENGAH BERBORAK DENGAN PAK NAJIB LALU SI WAN JI MENYAMPUK PERBUALAN MEREKA,RASENYE DAH LAMA KENE PENAMPO(PENAMPAR) DENGAN PAK CIK HUSSIN,BAHKAN SI WAN JI NI DI GELAR BUDAK KURANG HAJAR.

budak kurang berkata-kata :

Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

syaikhan ubaid pertikai :

saya mendapat tahu...dapat tahu dari mana..siapa yang beritahu ust Nasa dah keluar Parlimen..persoalan ini tidak dijelaskan..nampak sangat sikap intergriti pada TAHAP CIPAN.

budak kurang hajar :

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

syaikhan ubaid :

AYAT DI ATAS MENUNJUKKAN BETAPA JAHATNYE SI BUDAK KURANG HAJAR BERSIKAP PREJUDIS BAHKAN BETAPA ALIMNYE SI BUDAK KURANG HAJAR INI MENGHINA TOK GURU HARON DIN SEBAGAI ULAMAK KEPALA LUTUT


p/s ; KENAPA LA ADE ORANG SEBANGANG & SEBANGSAT INI

Monday, March 29, 2010

SEJARAH MU KALAH DENGAN CHELSEA



PIALA PERISAI MU KALAH 4-1



Saturday, March 27, 2010

Jejak Rasul Bumi Syam siri ke 3


bangunan di belakang adalah tempat di mana seorang Rahib melihat kepulan awan melindungi Nabi Muhammad saw bile sampai di kawasan ini

di makam Habil (anak nabi Adam)


di makam Syeikhul Islam Imam Nawawi

Monday, March 22, 2010

60 saat bersama ahli MCA


situasi di dewan badminton....

nampak kelibat seorang berbangsa cina bermain
badminton dengan memakai baju MCA

maka bertanya la saya :

apemacam main badminton,ade ok

ahli MCA : letih sikit ma

wa U orang MCA..?

ahli MCA : ya

pemacam MCA

ahli MCA : hancur

p/s: bahtera MCA bakal karam,bagaimana plk AMno not AMbank ya
waaa ade orang kate sy mahu masuk MCA pule bile bertemu selama
60 saat ahli MCA...KOMANG SEPANAR TOL LAR!!!!!!!!!!!!!!!!

nk tahu makna KOMANG SEPANAR,sile tye ust Wanji dia alim sungguh

Ayahanda Datuk Seri Tok Guru Hadi Awang

Saturday, March 13, 2010

Pembawa Virus AIDS & Penyakit HIV Dalam Jamaah

Inilah Wan ji Wan Hussin(berbaju putih)

Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.

Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan merealisasikan tujuan-tujuannya.

Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.


3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.

Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.




5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.

Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.

Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.



p/s: gambar di atas hanya HIASAN SEMATA-MATA

Monday, March 8, 2010

Keramat Wali Allah



salam ukhuwah & salam perjuangan

BismIllah
pembuka bicara..

Imbas kembali bersama kuliah subuh
Tok guru Nik Aziz di masjid Pulau Melaka

mula form 1 hingga STAM
daku di tarbiyah abg senior
supaya menulis kuliah tok guru

syukur..Alhamdulillah
kuliah subuh lah yang paling
membuatku tercabar di kala hening
suasana pagi yang dingin sejuk

aku cube tidak ketinggalan menulis
kuliah subuh tok guru sebagai bekal ilmu

ingat lagi kuliah tok guru :

Istiqamah adalah keramat paling tinggi para wali ALLAH

bersandar pula dengan kata Saidina Umar Al-Khattab :

kita adalah suatu kaum yang dimuliakan ALLAH dengan Islam

Bro Zulkifli Nordin

walaupun dirimu dipecat tp
bukan bermakna perjuanganmu harus terhenti
dalam mempertahankan kesucian Islam
yg senantiasa din odai oleh puak-puak menafiq
yang bersekongkol dengan Kuffar.

Tidak yakinkah kita akan ayat quran di bawah ini :

sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).


Bro

keIzzahan seseorang itu adalah ketegasannya
dalam membela Islam

andai dirimu Istiqamah dalam pertahankan
kesucian Islam,dirimu bakal mendapat Izzah
dari penduduk langit yang senantiasa mendoakanmu
walaupun segelintir manusia mencela dirimu.

adalah merupakan sunnah perjuangan kalau
tiada cercaan.

p/s : tapi lagi teruk Ust wan ji(albakistani) menghina ulamak kepala lutut

bersambung..siri ke 2

Sunday, February 28, 2010

PERISTIWA DI DALAM KOTAK PENALTI



pemain Chelsea kene kad merah tetapi pemain MU hanya kene kad kuning..tgk di bawah ni



yang ni lagi pelik dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi satu kad langsung x diberi oleh REF DODOL..sepakan penalti pon x diberi jugak..MAHA ZALIM

Thursday, February 25, 2010

Maulid Nabi Muhammad saw

Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan

BismIllah....
12 RabiulAwal 1431
26 Februari 2010

Hari Keputeraan Junjungan Nabi Muhammad saw
bertepatan pada hari jumaat penghulu segala hari
sebelumnya adalah malam jumaat penuh barakah

Adapun 12 RabiulAwal hari keputeraan Nabi Muhammad saw,
maka harus diingat 12 RabiulAwal juga hari kewafatan baginda.

persoalan :-

Adakan wajar kita menyambut hari keputeraan baginda pada
masa yang sama kita menghayati detik-detik perjuangan
sehingga baginda wafat?


Ada segelintir pihak mengatakan bahawa menyambut Maulid Nabi dengan berarak
adalah bid`ah?

jawabanya:

Kita imbas kembali sirah junjungan Nabi Muhammad saw
ketika mana baginda diundang khas oleh orang-orang Ansar
datang ke Madinah Al-Munawwarah.

Setibanya Baginda di Madinah,
orang-orang Ansar memuji(bernasyid) baginda dengan lagu yang popular
طلع البدر علينا
sambil berdiri serta berarak mengiringi baginda selaku tetamu VVIP.

Perbuatan mereka itu langsung tidak ditegur baginda
bahkan baginda meraikankannya.

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

Berdasarkan hadith di atas,
pada asasnya sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan Nabi Muhammad saw
adalah bid`ah.

Adapun menyambut maulid nabi dengan memuji baginda sambil berarak
bukan lah dikire bid`ah kerana baginda langsung tidak menegur serta
menyuruh orang-orang Ansar.

Ianya termasuk sunnah taqririyyah

Thursday, February 18, 2010

TUAN GURU WAN JI WAN HUSSEIN SIRI 1

Ilmu melangit tinggi tanpa Akhlak ibarat pakai baju tanpa seluar...

RESPON BILE UST WAN JI AL-BAKISTANI HINA TOK GURU HARON DIN ULAMAK KEPALA LUTUT!

1. alahai budak wan ji ni berhingus lagi…tengok posting terakhir blog dia, dia cuba samakan dr haron din dengan aliran yg keras yg dikenali ahbasy. berdasarkan pemahaman wan ji tentang ahbasy…ahbasy akan labelkan orang lain dengan kafir sekiranya berbeza pendapat dengan mereka. setakat yg aku tahu yg takutkan ahbasy hanya wahabi kerana keupayaan golongan ahbasy mendatangkan hujjah keatas wahabi.
cuma ahbasy dianggap keras oleh pehak tertentu. ala kulli hal ilmu yg dimiliki ulama ahbasy jauh melangit kalau nak dibanding budak wan ji nih.
kalau dr haron wan ji tohmah berhujah saperti umno hanya kerena berbeza dgn pemimpin pas yg lain dan dr haron din dilabelkan kepala lutut.maka apa beza nya budak wan ji nih dengan ahbasy?
kalau dr haron din budak wan ji kata seakan2 ahbasy maka aku labelkan wan ji sebagai seakan2 taliban totok yg mempersucikan pebdapat sendiri saja.
sayugia diingat budak wan ji nih ngaji di pakistan! tak banyak sikit gelagat taliban mesti tempias kat dia.
kalau lah benar budak wan ji ni bertaraf ilmuan…(budak wan ji dikaitkan dgn label dr. tak tau la aku dia dr phd atau dr haiwan) nescaya budak wan ji nih akan menanggapi kenyataan dr haron din secara berhemah kerana dato dr haron din dalam kenyataannya sangat lah berhemah, berhati2 dan berserta fakta dan figura.
aku sangat berharap budak wan ji baca komen nih! sekurang2 nya aku nak dia tau yg dia sebenarnya hanyalah sekadar ilmuan setaraf mangkok tandas jek…adios amigo!

2. Wan Ji ni memang tak pernah hormat pada pimpinan PAS. Semua dia nak redah dan dia anggap dia seorang je betul. Mcm dia seorang je betul. Tn Guru Presiden pun dia kata tak cerdik… tak tau le dia berkiblat kpd siapa. Ada yg kata dia rapat dgn pembantu Anwar… itulah dia, ilmu tanpa amal, ada ilmu, byk sangat berguru dgn buku… berguru dgn syaitan. Cuba tengok blog dia… dia kata minta maaf kerana di “Pengaruhi Syaitan” lepas tu ada hati pulak nak panggil EGM , nak selamatkan PAS, supaya org2 seperti beliau boleh berkuasa…. Semoga Allah selamatkan kita dari puak2 sebegini

3. inilah yg dinamakan MISKINUL ADAB.
Dalam islam sndiri ada cara nak menegur,adab berselisih pendapat.
us wan ji ni tahu smua tu..tp ntahla..
bukan haron din saje,ramai lagi yg dia ‘kepala lutut’ kan..


p/s: ORANG KATE LA BELAJAR TINGGI-TINGGI SAMPAI OVERSEA TAPI BODOH BERTINGKAT-TINGKAT

Tuesday, February 16, 2010

TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

sumber:http://www.darussyifa.org

p/s:UST WAN JI(BLOGGER AL-BAKISTANI)BERANI MENGHINA TOK GURU HARON DIN ULAMAK KEPALA LUTUT..BELIAU PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW..LU WAN JI PEWARIS TAHTA PEJUANG ABDULLAH BIN UBAI..YOU ARE SHIT WAN JI

NI BUKTI:

Saturday, February 6, 2010

Siapakah NasirAssunnah ?

makam Salahudin Al-Ayubi di Masjid Besar Damascus,Syria

NasirAssunnah adalah Panglima Agong Islam Salahudin Al-Ayubi

sila baca artikel di http://kasihislam.blogspot.com/2009/02/memperingati-sejarah-panglima-agung.html

Sunday, January 31, 2010

Konsep WALA`


inikah org yg hina Tok Guru Dato DR Haron Din ulamak kepala lutut (Ustaz Wan ji)

Konsep Wala` cube dipertikai diracun serta dimatikan oleh puak-puak parasit perjuangan Islam

Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh :

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah - suburkan konsep WALA`

b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang -Abdullah Abdul Karim bukan pejuang Pemuda PAS kerana pertikai kptsn j/kuasa Disiplin PAS pusat

c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda -kpd para blogger yg sering memusuhi kepimpinan PAS

d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah -para blogger yg sering pertikai konsep wala` : khalidsamad selalu pertikai,kalau elergik pi la masuk UMNO berserta labu-labunya

e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah -khalidsamad x payah la nak sangat pertikai konsep wala`,rahsia parti dibocorkan,begitu I`qab ALLAH terhadap mereka yang khianati janji..sifat org MUNAFIQ : khianati serta mungkiri janji

f] Dengar dan taat arahan pimpinan -Khalid Al-Walid taat setia (wala`)pd Saidina Umar Al-Khattab walaupon dipecat tetapi tidak Khalid Samad

g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri -jangan cemarkan konsep WALA` kerana ade kepentingan diri dalam parti

h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan - ustaz Wan ji menghina Tuan Guru Haron Din
ulamak kepala lutut

i] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur -bravo JawatanKuasa Disiplin PAS Pusat

j] Memuktamadkan keputusan melalui sistem syura -mereka yg pertikai kptsn j/kuasa Disiplin bermakna mereka langgar kptsn Majlis Syura

p/s: mereka yg melanggar kptsn Majlis Syura & J/kuasa Disiplin PAS pusat adalah mengapi-api suasana supaya ahli serta Pendokong PAS berpecah-belah,ini la sifat mereka yg MUNAFIQ..kalau sering pertikai konsep WALA` pi la masuk UMNO,hanye UMNO je yang sering pertikai serta CAH KETING pimpinan mereka..mereka ni berpakaian baju PAS tetapi berotakkan UMNO bernafsukan SYAITAN

Thursday, January 28, 2010

ADUN Triang( DAP ) Menitiskan Air Mata Mengenangkan kesahnya Dengan Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang

Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.

Menurutnya, pada waktu itu Umno berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.

Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang-orang Cina, beliau akan

mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,”ujar Leong, dihadapan 150 orang Tionghua yang hadir pada malam tersebut.

Oleh itu, beliau berterima kasih kepada orang-orang PAS khususnya dalam kawasan DUN Triang.

”Orang-orang PAS banyak tolong saya, sejak mula-mula saya bertanding, orang PAS yang banyak tolong, tidak minta upah dengan saya walau satu sen pun,”terang Leong lagi.

Justeru beliau berharap Pakatan PAS dan DAP serta PKR akan kekal bersama Pakatan Rakyat, bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.

”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP

dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terngganu merangkap Pengarah DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Simpang Pulai, Cahn Ming Kai dan

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.

sumber: detikdaily

Wednesday, January 27, 2010