Friday, September 24, 2010

Anda Percaya....Antibiotik diperbuat daripada kulat ?


Umum mengetahui ubat yang dikategorikan dalam kelas antibiotik mempunyai fungsi untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria.

Namun tahukah anda antibiotik juga sebenarnya diperbuat daripada sumber biologi mikro organisma kulat yang melalui proses sintesis kimia.

Ia bertindak dengan cara menyediakan imunisasi untuk membunuh semua bakteria yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya.
Antara jenis antibiotik yang sering digunakan dalam bidang perubatan adalah seperti Penisilin dan Streptomisin.

Terdapat pelbagai jenis Penisilin di mana setiap satunya mempunyai fungsi khusus membunuh kuman tertentu.

Penyakit-penyakit yang boleh dirawat menggunakan Penisilin adalah seperti siflis, gonorea, antraks dan pneumonia.

Untuk Streptomisin pula, ia merupakan ubat antibiotik yang digunakan sebagai pestisid bagi melawan pembiakan alga dan fungus (kulat).

p/s : gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata ~jgn mara haaaa~ (",)

Saturday, September 18, 2010

Thursday, September 9, 2010

Tuan Guru Dr. Haron Din ~kami merinduimu~


*#* Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Tok Guru sihat wal-afiat daripada sakit jantung~ya Allah kami memohon Syafaat nabi Muhammad saw kerana menyayangi Ulamak kerana Ulamak itu mewariskan ilmu yang penuh barakah..Allahuma Amen~*#*

Friday, September 3, 2010

Pandangan Islam mengenai soal bersolek-berpakaian !

Hukum tabarruj adalah haram. Wanita yang bertabarruj adalah berdosa kerana ia melanggar arahan Allah di dalam al-Quran iaitu firmanNya;

وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“…dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Adapun makna tabbaruj; dari sudut bahasa ia bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu iaitu menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. (al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi, hlm. 238). Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan. (Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33)

Secara terperinci, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;[1]

1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja
3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.
4. Bergaul bebas dengan para lelaki
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi.
2. Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33.
3. Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).
[1] Lihat; al-Halal wa al-Haram, hlm. 160, Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).

p/s : Ramadhan bulan terBAIK untuk Muhasabah Diri Anda selaku Wanita BerMaruah !