Monday, August 24, 2009

jejak Rasul bumi Syam siri per 1


jgn jeles ye akhwat syria kt sebelah tu..=> comelkan..hehe


daku menziarahi bumi Syam(Syria) hampir 81%..sonok dpt menziarahi :

makam nabi: 1. nabi Allah Zulkifli
2. nabi Allah Ayub
3. nabi Allah Yahya
4. nabi Allah Zakaria

gambar disebelah merupakan makam khalifah Saidina Umar Abd Aziz

alhamdulilah sempat sy bertawasul di situ

Friday, August 7, 2009

Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor

Bravo Dato Hasan Ali

Enakmen Jenayah Syariah yang berkuatkuasa sejak 1996. seksyen 18(1) dan (2) enakmen tersebut meletakkan jual-beli arak sebagai suatu kesalah jenayah di Selangor iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

nota
Dato Mufti Selangor sokong Dato Hasan Ali...anda yg bukan mufti tidak sokong..anda telah menzalimi Islam kerana membiarkan Islam dicaci dicerca diperkotak-katik

Hidup ISLAM Hidup PAS
Hancur Kuffar Harbi Hancur Puak2 Abdullah Saba

takbiiiiiiirrrrrrrrr

Saturday, August 1, 2009

Ulamak pakar kaji cuaca..siapakah gerangan itu?



beliau adalah Ibnu Yunus

Ali Bin Abd Rahman Bin Yunus Bin Abdul A`la s-Sadafi.Beliau tokoh yang terkenal dalam ilmu bintang dan ilmu nujum.Belaiu menetap di Kota Idfa dekat Assiut.Ayah beliau merupakan seorang ahli pakar sejarah serta datuknya merupakan seorang ulamak yang pakar dalam bidang Astronomi.

Ketika usianya semasa remaja,beliau telah menjadi seorang yang amat terkenal dalam bidang ilmu sejarah,matematik dan astronomi, beliau bukan sahaja mahir dalam 3 bidang berkenaan bahkan mempunyai kemahiran yang luar biasa.

Pada usia 30 tahun,beliau telah menguasai hampir semua kitab yang berkaitan dengan ilmu astronomi.Oleh itu beliau menacatat sendiri segala penemuan yang akan dibuatnya berpandukan data astronomi yang terkandung dalam alam bintang,planet dan cakrawala dengan menggunakan peralatan observatorinya sendiri.

Fenomena gerhana matahari


kajian demi kajian,pada usia 35 tahun beliau menghasilkan teori yang lebih baik iaitu kejadian fenomena gerhana matahari serta gerhana bulan.Ramalan beliau betul-betul terjadinya gerhana matahari & bulan.Inilah merupakan kemahiran beliau yang luar biasa mampu membuat ramalan yang tepat dengan kuasa Allah.

Pada waktu malam pula,beliau membuat kajian observatori dengan menggunakan teleskop dan alat-alat mengamati bintang,planet serta melihat pergerakan cakrawala mengikut putaran paksi bumi.

Penemuan yang menggagumkan

Setelah membuat kajian demi kajian dalam ilmu astronomi,akhirnya beliau membuat pendedahan yang menggagumkan semua pihak iaitu mencipta alat Pendulum.Alat pendulum ini diperbuat dari logam di dalamnya terdapat satu batangyang tergantung pada `jarum' yang panjang yang diperbuat dari logam juga.Fungsi alat pendulum ini adalah boleh berbuai ke kiri dan ke kanan serta boleh mengetahui berapa lama waktu antara muncul dan hilangnya bintang atau planet di langit.

Beliau telah menggunakan Trigonometri yang banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang rumit dalm bidang astronomi.Selain itu penggunaan trogonometri bulatan dan garisan tangan merupakan sumbangannya terhadap ilmi trigonometri masa kini.Pada masa yang sama,beliau mencipta kaedah baru yang memudahkan amali matematik.Kaedah tersebut berlandaskan penggunaan aritmetik darab menggantikan aritmetik campur.

Beliau juga telah memberikan asas yang terawal bagi matematik logaritma,melalui kaedah ini,kaedah ahli matematik Scotland iaitu John Napier telah mengembang ilmu logaritma pada abad ke 17 masihi.Oleh itu boleh dikatekan beliau adalah orang pertama menggunakan matematik arca duaan yang memudahkan hukum-hukum matematik.

meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat hari ke 3 bulan Syawal tahun 399 Hijrah@1009 masihi

Thursday, July 23, 2009

Lampard 8 & Terry 26

Photobucket

Jersi Chelsea fc yg baru => mesti beli sbb design lawa..huhu

Photobucket

Saturday, July 18, 2009

My Syeikh Al-Fadhil Syeikh Yusuf Al-Hasani



Daku merindui Syeikh Yusuf Al-Hasani
rindu bukan sebarang rindu
rindu datang dari lubuk hati
yg cintakan ilmu

Merindui ulamak umpama merindui pewaris nabi
sbb ulamak sgt merindui nabi Muhammad saw.

rindukan artis kerana hawa nafsu
Rindukan Ulamak kerana ilmu yg disertai Hidayah ALLAH
menangis kematian artis adalah umpama memperbodohkan diri sendiri
menangis kewafatan ulamak lebih mulia dari kematian artis.

saya merindui syeikh yusuf Al-Hasani kerana beliau Murabbi(pembimbing)
yg mendidik hati supaya takutkan ALLAH.

*Beliau merupakan mantan mufti Kanada

Ya ALLAH
pertemukan daku dgn syeikh Yusuf Al-Hasani
supaya beliau sentiasa mendidik hatiku supaya
menharapkan rahmat & hidayahMU..amin ya Rabb

Monday, July 13, 2009

7 Ulamak bergelar Syeikhul Islam

Bukan sebarang ulamak dianugerahkan gelaran Syeikhul Islam.Ulamak yang mampu dan mempunyai ketinggian ilmu dan taqwa sahaja menyandang gelaran Syeikhul Islam.

Ibnu Nashruddin dalam kitabnya ~Radd al-Wafir~ mencatatkan beberapa kriteria tersebut:

1.Seorang tokoh yang memahami nas Al-quran dan Assunnah dengan perbezaan qira`ah dan asbabun nuzul.
2.Menguasai Bahasa Arab secara sempurna.
3.menguasai masalah Usul(pokok) dan furu`(cabang) dalam Islam.

Ia juga adalah ulamak yang menjaga ibadahnya,tawadhu` dan tidak menganggap diri maksum.
Berikut merupakan ulamak-ulamak yang bergelar Syeikhul Islam:

1.Ibnu Qudamah Al-Maqdisi
2.Izzuddin bin Abdissalam
3.Imam Nawawi
4.Taqiyuddin Ibnu Daqiq al-Led
5.Taqiyuddin Ibnu Taimiyah
6.Taqiyuddin as-Subki
7.Ibnu Hajar Asqalani

*sifat Syeikhul Islam mereka sentiasa menghadiri majlis ilmu dengan pelbagai jenis disiplin ilmu.

Friday, June 12, 2009

Ibnu Al-Haitham Bapa Permodenan dalam bidang Optik



Nama sebenar Ibnu Al-Haitham ialah Abu Ali Al-Hasan Ibnu Al-Hasan Ibnu Al-Haitham,beliau juga digelar Bapa Ilmu Fizik Moden.

Bagaimana saintis Islam mengubah dunia,The Independent sebuah akhbar Britain menyebut seramai 20 penemuan penting para ilmuwan Islam yang mampu mengubah peradaban manusia salah satunya adalah penciptaan ~kamera Obscura~.

Kamera merupakan salah satu penenmuan penting yang dicapai umat manusia.melalui kamera manusia mampu merakam dan mengabadikan beragam bentuk gambar mulai dari bentuk sel manusia hingga kehebatan di sebalik penciptaan galaksi di angkasa luas.teknologi pembuatan kamera kini dikuasai oleh barat serta jepun sehingga umat Islam meyakini bahawa kamera berasal dari peradaban barat.



Tahukah anda?
perkataan kamera berasal dari perkataan bahasa Arab yakni Qamara?

Sebenarnya sebelum masyarakat barat menemuinya,prinsip-prinsip asas pembuatan kamera,teknologi ini dicetuskan lebih kurang 1000 tahun yang silam.Pencetus teknologi kamera itu adalah seorang saintis lagenda bernama Ibnu Al-Haitham.

Inilah karya penuh dgn sejarah serta sangat inovatif itu berjaya dilakukan Ibnu Al-Haitham bersama Kamaluddin Al-farisi.Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera Obscura.Penemuan itu bermula ketika mempelajari ilmu gerhana matahari,bagi memahami serta mempermudahkan fenomena tersebut Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan bayangan matahri yang kurang jelas diprojeksi melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik berupa kamera Obscura itulah yang menjadi asas teknologi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia.Secara terperinci Ibnu Al-Haitham menjelaskan sistem sistem penglihatan mulai dari fungsi saraf di bahagian otak hingga fungsi mataitu sendiri.Ia juga menjelaskan secara terperinci di bahagian serta fungsi mata seperti konjungtiva,iris,kornea,lensa dan menerangkan peranan masing-masing terhadap penglihatan manusia.

Hasil penelitian Ibnu Al-Haitham dikembangkan oleh Ibnu Firnas di Sepanyol dengan mencipta kaca mata.

Ibnu Al-Haitham juga mencetuskan teori lensa pembesar,ianya digunakan para saintis di Italy untuk menghasilkan kaca pembesar pertama di dunia.Sayangnya sedikit karyanya yang tersimpan dalam khazanah.bahkan karya besar Ibnu Al-Haitham dalam kitab Al-Manazhir tidak diketahui lagi kewujudannya.orang ramai kini hanya dapat mempelajari terjmahannya yang ditulis dalam bahasa Latin.