Saturday, December 19, 2009

Coret-coret Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hijrah 1431

alhamdulillah sempena 1 Muharram 1431
aktiviti yg cukup bermakna
bagi Ummat Islam khasnya
bagi mereka yang masih dalam
hati rase mengagung-agungkan
Maal Hijrah sebagai Hari Kebesaran Islam.... Tahniah!

Profesor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaraqawi


dalam ucapan beliau di Putrajaya Internasional Convensyen Centre(PICC)
selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 :

#saya sudah lama tidak datang ke Malaysia kire-kire 8 hingga 10 tahun#

#ayat al-Quran menyebut : Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara#

ulasan:

bertepatan lah tema Maal Hijrah 1431 ni *Mantapkan Ukhuwah Perkasa Ummat*
majlis Maal Hijrah 1431 bertambah seri dengan Jemputan istimewa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Ust.Nasarudin Mat Isa telah diberikan tepukan oleh para hadirin yang hadir majlis itu.

pagi sabtu yang harmoni

Muhadhoroh Perdana bersama Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi membincangkan tentang Fiqh Jihad..alhamdulillah dapat juga pergi untuk mencari Ilmu secara direct dari beliau
walaupon untuk smpai ke PICC mengambil masa 40 minit,syukur alhamdulillah

tertarik apa yang Syeikh sampaikan iaitu Jihad terhadap menegah perkara mungkar dengan sepotong Hadis Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik Jihad adalah mengatakan sesuatu yang Hak yakni kebenaran

ulasan :

kalo kite tidak mampu mencegah perkara mungkar dengan tangan maka kite gunakan lidah dengan menasihat.Nasihat ini kita sandarkan dengan hadis di atas.
kefahaman semakin jelas ini bahwa walaupon kita tidak mampu menegah perkara mungkar dengan tangan,kita masih mampu mengatakan sesuatu yang benar(Hak)tentang menegah perkara-perkara mungkar.


Konvensyen Pakatan Rakyat

semoga pakatan ini mendapat keberkatan serta Hidayah Allah
Inilah strategi pakatan rakyat(PR)= PAS PKR DAP
dalam memenangi hati rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang beragama Islam yang masih ade hati dengan Umno supaya mereka berhijrah beramai-ramai untuk berpaut pada bahtera penyelamat(PR) daripada kelemasan dek dikeranakan bahtera Umno sudah banyak sgt bocor lompong tunggu mase terkaram di dasar lautan sekular.

AYUH BERHIJRAH demi Agama, Anakbangsa & Negara sempena Maal Hijrah 1431

selepas Solat Maghrib

sekali lagi kuliah Profesor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di masjid Sultan Abdul Aziz Shah
sekali berpeluang untuk mendengar kuliah Syeikh serta berharap kali ini mencari peluang keemasan untuk bersalaman dengan Syeikh,selepas kuliah teruskan solat isyak berjamaah.berebut-rebut para hadirin untuk mendapat sof depan sekali,Alhamdulillah saya berkesempatan berada sebaris sof depan sekali hanya 6 orang berselang dgn Dr Yusuf Al-Qaradawi.

sebelum solat Isyak,kelihatan Tok guru yang disayangi iaitu Tok Guru Hadi Awang,Anwar Ibrahim serta Mb Selangor merangkap wakil rakyat saya di bandar Tun Razak.

seusai solat isyak berjamaah,saya bertekad untuk bersalaman dengan Syeikh,ciluk demi ciluk akhirnya berjaya juga berdiri di hadapan Syeikh selang seorang tp kecewa sikit kerana ramai sangat para hadirin yang hadir yang berebut-rebut bersalam dengan Syeikh,saya terlepas peluang untuk bersalam.Saya pasrah ini semua ketentuan Allah..hanya mendapat menatap wajah Syeikh,Alhamdulillah ade hikmah tu.

*hati saya terubat apabila mengingati sebuah hadis : melihat wajah para alim ulamak mendapat pahala

# ISLAM didahulukan * Syariat dutamakan #