Monday, December 20, 2010

LANGKAH DAN STRATEGI MENANGANI KEGIATAN GEJALA SOSIAL & MAKSIAT !


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terus berusaha bagi menggandakan lagi usaha-usaha pencegahan gejala sosial dan Maksiat . Sehubungan dengan itu beberapa langkah dan strategi baru bagi pemantapan kaedah yang digunakan kini telah dikenalpasti untuk dilaksanakan. Antara langkah dan strategi tersebut adalah seperti berikut:

1.Menambah bilangan Pegawai Penguatkuasa Agama. Jumlah Pegawai Penguatkuasa sebelum ini adalah berjumlah 5 orang dan kini bilangannya telah ditambah kepada 10 orang.

2.Menambah masa bertugas penguatkuasaan iaitu dari 8 jam kepada 24 jam sehari.

3.Menambah bilangan hari rondaan pemantauan dari 3 kali kepada 5 kali seminggu

4.Mengedarkan brosur yang mengandungi maklumat mengenai jenis kesalahan jenayah syariah, langkah penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman.

5.Kempen pencegahan gejala sosial dan kesedaran dijadikan aktiviti sepanjang tahun yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi Unit Penguatkuasaan JAWI, mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara JAWI dengan komuniti setempat seperti Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), JPA dan NGO. Kempen ini diharap dapat menggalakkan orang ramai memyampaikan aduan mengenai gejala sosial kepada pihak JAWI.

Menyedia dan memaklumkan nombor talian aduan kepada orang awam. Nombor talian yang dimaksudkan ialah nombor telefon pejabat dan telefon bimbit individu Pegawai Penguatkuasa. Tindakan ini akan membolehkan aduan sampai serta merta kepada pihak penguatkuasa. Nombor talian ini telah dimaklumkan kepada IPD, Pengawal Keselamatan, Perbadanan Putrajaya dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau.

6.Mewujudkan hubungan dengan badan-badan kerajaan dan NGO bagi memudahkan gerak kerja tugas penguatkuasaan dijalankan. Badan-badan kerajaan berkenaan adalah IPD, BPH, dan JPA.

7.Orang awam juga boleh menghantar aduan melalui Gerbang SMS JAWI melalui langkah berikut:
JAWI < jarak > ADUAN < jarak > aduan anda
Dan hantar ke 15888. Setiap SMS dikenakan caj RM0.20 tidak termasuk caj TELCO.
Beroperasi 24 jam sehari.

8.Bagi mendapatkan sesuatu bukti dan mengekalkan bukti tersebut, beberapa langkah perlu diambil seperti penyediaan perakam video dengan dapatan suara yang berkualiti, telefon bimbit yang menghasilkan gambar dan suara yang berkualiti, menyediakan gari, komputer, teropong dan lain-lain.

p/s : Jasa Kalian Amar Makruf Nahi Mungkar Mendapat Pahala Berterusan hingga di Alam Akhirat nanti ~InsyaAllah~