Monday, September 8, 2008

Sifat Puasa Nabi Muhammad SAW


karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin
Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kamin)
بسم الله الرحمن الرحیم
:الحمد لله رب العالمین ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلھ وصح بھ ومن والاه ، أما بعد
Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2
bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita
memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang
kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.
Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar
sehingga terbenam matahari.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :
بني الإسلام على خمس : شھادة أن لا إلھ إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وإقام الصلاة، وإیتاء الزكاة، وصوم رمضان، وحج البیت الحرام
"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan
Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].
Orang2 yang berpuasa :-
* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.
* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.
* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi
biasa dengan berpuasa.
* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan
setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.
* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane'
contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap
mereka.
* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit
yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.
* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau
menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.
* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.
* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk
menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.
* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam
permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti
pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.
Hukum-hukum didalam berpuasa
1-Niat :
Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :
من لم یُجمِع الصیام قبل الفجر فلا صیام لھ
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi
Daud]
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-
من لم یبیت الصیام من اللیل فلا صیام لھ
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra.
melakukannya.
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan
bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang
berbentuk azam]
2- Waktu berpuasa :
Firman Allah swt :
وكلوا واشربوا حتى یتبین لكم الخیط الأبیض من الخیط الأسود من الفجر
"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar"
[surah al-Baqarah : 187]
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya
putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min
sebelum fajar sebenar/solat fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat
merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa.
Nabi saw bersabda :
إذا أقبل اللیل من ھاھنا وأدبر النھار من ھاھنا، وغربت الشمس فقد أفطر الصائم
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah
puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].
Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.
3-Sahur
Sabda Nabi saw :
فصل ما بین صیامنا وصیام أھل الكتاب أكلة السحر
"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim].
Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :
البركة في ثلاثة : الجماعة، والثرید، والسحور
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi
kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut
namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :
السحور أكلة بركة فلا تدعوه ولو أن یج رع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكتھ یصلون على المتسحرین
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang
meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan
riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :
نعم سحور المؤمن التمور
"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].
Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh
para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur
sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah
sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : ( إذا سمع أحدكم النداء، والإناء على
یده، فلا یضعھ حتى یقضي حاجتھ منھ ) "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan,
janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]
4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :
* Menipu : Nabi saw bersabda :
من لم یدع قول الزور والعمل بھ فلیس لله عز وجل حاجة أن یدع طعامھ وشرابھ
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat
untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].
* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :
لیس الصیام من الأكل والشراب ، وإنما الصیام من اللغو والرفث ، فإن سابَّك أحد أو جَھِل علیك فقل : إني صائم
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah,
maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih
Ibn Khuzaimahj].
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :
كان یدركھ الفجر وھو جنب من أھلھ ثم یغتسل ویصوم
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith
Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :
لولا أن أشق على أمتي لأمرتھم بالسواك عند كل وضوء
"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith
Muttafaq a'alaih].
Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang
berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum
tergelincir atau selepasnya.
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam
hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi
saw :
وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائما "Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :
كان رسول الله صلى الله علیھ وسلم یقبّل وھو صائم، ویباشر وھو صائم، ولكنھ كان أملككم لإربھ
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi
bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].
Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :
إن الشیخ یملك نفسھ
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].
* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa,
kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.
* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari
Abbas ra. berkata :
لا باس أن یذوق الخل أو الشيء ما لم یدخل حلقھ وھو صائم
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa"
[Riwayat al-Bukhari[
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada
menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :
ولم یر أنس والحسن وإبراھیم بالكحل للصائم باسا "Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"
[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye
drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]
6- Berbuka Puasa :
* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani,
mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :
لا یزال الناس بخیر ما عجلوا الفطر
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq
'alaih].
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :
كان رسول الله -صلى الله علیھ وسلم - یفطر قبل أن یصلي
"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan
sewaktu berbuka? Dari
Anas bin Malik ra. berkata :
كان النبي - صلى الله علیھ وسلم - یفطر على رطبات قبل أن یصلي، فإن لم یكن رطبات فتمرات، فإن لم یكن تمرات حسا حسوات من ماء
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka
beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi
Daud].
* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :
للصائم عند فطره دعوة لا ترد
"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :
ذھب الظمأ وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih
Abi Daud]
[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib
masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :( اللھم لك صمت وعلى
رزقك أفطرت )- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi
menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq
wa thabata al-ajr in sha Allaah"]
7 - Perkara yang membatalkan puasa
* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa
atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :
إذا نسي فأكل وشرب فلیتم صومھ ، فإنما أطعمھ الله وسقاه
"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya
Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :
من ذرعھ القيء فلیس علیھ قضاء، ومن استقاء فلیقض
"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan
barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].
Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha'
kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2,
dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas
pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.
* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia
harus berbuka dan mengqadha'nya.
* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah
itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas
kehendak mereka yang berpuasa.
* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang
dikeluarkan.
8-Qadha' Puasa
Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak
wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga
meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa
sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang
miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :
من مات وعلیھ صوم صام عنھ ولیھ
"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya"
[Hadith Muttafqa 'Alaih]
9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam
selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana
sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir
diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:
العھد الذي بیننا وبینھم الصلاة، فمن تركھا فقد كفر
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang
meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]
10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :
Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah
meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini.
Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :
ما كان النبي -صلى الله علیھ وسلم - یزید في رمضان ولا في غیره على إحدى عشرة ركعة
"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya
sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan
sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang
lain.
Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah
ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain
boleh mengakibatkan solat tersebut batal.
11-Zakat Fitrah
Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :
فرض رسول الله - صلى الله علیھ وسلم - زكاة الفطر من رمضان على الناس
"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari
orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang
dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan
tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.