Dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang berpuasa pada Hari Aasyura (10 MUHARRAM) maka ALLAH akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa berpuasa pada Hari Aasyura (10 MUHARRAM) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang mati Syahid dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka ALLAH akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura,maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah saw yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah saw : Ya Rasulullah adakah ALLAH telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain? maka berkata Rasulullah saw : Ya memang benar ,ALLAH menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,menjadikan laut pada hari Aasyura,menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,menjadikan Adam dan hawa pada hari Aasyura,lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura dan ALLAH menyelamatkan nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,ALLAH menenggelamkan Firaun pada hari Aasyura,menyembuhkan penyakit nabi Ayub pada hari Aasyura,ALLAH menerima taubat nabi Adam pada hari Aasyura,ALLAH mengampunkan dosa nabi Daud pada hari Aasyura,ALLAH mengembalikan kerajaan nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura.