Saturday, April 4, 2009

berlalunya Bulan RabiulAwal

Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan

Telah berlalunya bulan Dakwah
Bulan RabiulAwal
Bulan HabibUllah
yakni junjungan nabi Muhammad saw

Tanggal 12 RabiulAwal iaitu tarikh yg teramat keramat
Lahirnya Baginda
tp diharus diingat bahawa tarikh yang sama
Baginda meninggalkan kita selama 1400 tahun lebih

sejauh mana penghayatan kita terhadap sejarah hidup
Nabi Muhammad saw :
hanya sekadar selawat sahaja?
berarak ke sana-sini?
hanya datang ke majlis nabi kerana ada makan-makan?
tepuk dada tanya Iman & Taqwa

tanggal 30 RabiulAwal
jam 9.00 pagi
atas undangan Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Tun Abdul Razak(UniTAR)
saya dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena
Maulid nabi Muhammad saw

Alangkah terujanya saya kerana di tengah bandaraya
metropolitan ni ada yang sanggup bersusah-payah
untuk menghidupkan suasana sayang akan
Nabi Muhammad saw
bukan sekadar ceramah sahaja bahkan saya bersama-sama
mahasiswa/mahasiswi turut berarak sambil berselawat
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

Perarakan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis
trafik yang sama-sama meraikan dengan mengawal lalu-lintas,
semasa berarak,masyarakat sekitar terpegun termasuk
pelajar-pelajar yang bukan Islam yang menyaksikan
perarakan tersebut,ini respon yang amat baik & positif,bukan
apa saya difahamkan ada segelinitir pelajar yang bukan Islam
mempelajari tentang agama Islam.Ini satu petanda yang amat baik.

saya menasihatkan pada mahasiswa/mahasiswi supaya
berdakwah kepada yang bukan Islam supaya mereka
memasuki agama Islam.
Inilah Sunnah Nabi Muhammad saw yang terbaik kerana
mengajak manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Islam hari ini tidak dimengerti oleh orang Islam itu sendiri
kerana apa :
terpedaya dengan dunia?
kurang asas pengetahuan Islam?
ada ilmu tanpa amal?

tapi harus diingat adalah suatu yang tidak cerdik akal
menyalahkan mak & ayah dalam soal keruntuhan moral remaja masa kini.
Sejak dilahirkan di muka bumi,mereka lah yang mencorakkan
kita dengan laungan azan & iqamah tapi apa kan daya
bila mana hari ini ada segelintir orang Islam,bila azan dilaungan
masih tidak mengerti untuk terus mendirikan solat.

Salah siapa sahabat-sahabatku !

Solat itu WAJIB sebagaimana kita berhempas pulas
mencari rezki,kalau tidak makan kita akan mati.
Anggap la kalau tidak solat kita akan mati
tapi
adakah kita sanggup mati dalam keadaan meninggalkan
solat 5 waktu sehari semalam.
Itulah solat tanda syukur kita kepada Allah yang Maha Pemberi Rezki.

persoalannya :
kita lah yang membahagiakan diri sendiri di dunia mahupun akhirat
~tepuk hati tanya hati~

firman Allah :

~Dan berpegang teguh lah kamu dengan Tali Allah sepenuhnya ~

tafsiran ayat ini : berpegang teguh dengan ajaran yang di bawa
Nabi Muhammad saw yakni Islam.

Islam bukan sekadar berarak
bahkan mengajar umatNya sepaya merealisasikan
dengan mengamal,menghayati apa yang Baginda ajar
serta melaksanakan apa yang Allah suruh & meninggalkan apa
yang Allah larang & benci.

susah sangatkan mengikut Allah & Nabi Muhammad saw?
kalau susah bermakna kita hanya mengikut & melayan emosi
hawa nafsu.
kalau artis kita puja sampai dia mati pon kita menangis
tapi nak menghayati sejarah hidup & kewafatan nabi
tidak pulak pipi dibasahi air mata kecintaan kepada
Nabi Muhammad saw.
kata lah pada diri sendiri ADIL kah ini?

ya Allah kurniakanlah daku
hati yang bersih disinari hidayahMU selalu
supaya mengingatiMU serta mengingat
Nabi Muhammad saw kekasihMU..amin ya Rabb
ya Allah Engkau Lah yang membolak-balikkan hati,
kukuhkan lah hati ini supaya Istiqamah dalam
memperjuangan Islam..amin ya Rabb

Baru-baru ni saya menyertai majlis penutup
Bulan Dakwah negeri Selangor.
Saya cukup terpanggil kerana kebanyakan
yang hadir adalah dikalangan mereka yang berumur
30 tahun ke atas.
Sayu hati ini & terfikir andai la para-para pendakwah ini
dikalangan seusia saya,barulah mantap tapi dakwah tidak
kira usia,yang saya terkejut salah seorang tokoh Pendakwah
dikalangan wanita yang berusia umur 83 tahun masih aktif
dalam berdakwah.Walaupun mampu berjalan
menggunakan tongkat tetapi jasanya dalam berdakwah
sejak usia yang muda.

saya ingin berkongsi pengalaman dalam berdakwah,
suatu hari dalam suasana hari hujan yg sangat lebat,
saya dijemput menaiki kereta Mercedes oleh seorang jutawan
berbangsa Cina,namanya Uncle Chee seorang free thinker.
Dia amat tertarik dengan Islam.Dia terkejut kerana dia ingat
yang akan berjumpa dengan seorang ustaz yang seusia dia
tapi inilah takdir Allah.Saya amat-amat bersyukur kerana
dapat pengalaman berdakwah sebagaimana nabi Muhammad saw
berdakwah supaya manusia dapat mengabdikan diri hanya untuk Allah
dengan sinaran hidayahNYA.

Akhirnya Uncle Chee memasuki Islam
dengan gelaran nama Amirul Hakim Rasyidi
mudah-mudahan Allah merahmatinya..amin ya Rabb

ya Allah kurniakan lah daku menjadi
seorang pejuangMU yang sentiasa Ikhlas
dalam memperjuangkan Islam..amin ya Rabb