Salam Ukhuwah & Salam Mahabbah
Saya terpanggil untuk membuat ulasan
sedikit tentang respon surat ayah Zik(Tok Guru)
kepada saudara Nga Kor Ming
sile lihat disini http://blogtokguru.com
sahabatku,
Kalau kita kembali pada sirah ketika mana
Saidina Umar Al-Khattab belum memasuki Islam,
beliau mengetahui bahawa adiknya selalu
membaca ayat suci Al-quran di waktu tengah malam
Beliau cuba mengendap & mendengar ayat-ayat Al-quran.
Kenal sangat kita tentang saidina Umar Al-Khattab
begitu garang tak garangnya tapi apabila
mendengar adiknya membaca ayat suci Al-quran
hatinya menjadi tenteram walaupon ketika itu
beliau masih belum memasuki Islam
itulah kuasa Allah yang Maha Kaya dengan HidayaNya
memberi hidayah kepada sesiapa sahaja.
Ada satu kisah seorang paderi Kristian suka membaca
ayat suci Al-quran,lalu berkata seorang Muslim :
kamu selalu membaca Al-Quran,mengapa kamu tak
masuk Islam,lantas paderi itu menjawab : aku tengah
menunggu Hidayah ALLAH.
Ya Allah,
Akhirnya paderi itu masuk Islam.
respon terhadap saudara Nga Kor Ming membaca
Al-quran adalah bukan suatu penghinaan terhadap Islam
bahkan sesuatu yang amat baik terhadap masyarakat
bukan Islam hari ini memahami agama Islam serta kebangkitan Islam
saya sendiri dengar & lihat dengan mata kepala sendiri ayah Zik(Tok Guru)
berkata begitu di TV3 & RTM.
Walaupon dia membaca ayat suci Al-quran tak fasih,
cube kita lihat di negara China sendiri apabila
bilal masjid melaungkan azan pelat menyebut nama Allah
Begitu juga orang India yang baru memasuki Islam,
mereka juga pelat menyebut ayat suci Al-Quran
tetapi bila mana mereka memasuki Islam,
mereka boleh mempelajari Al-Quran
lama kelamaan mereka juga fasih membaca Al-quran
Tapi harini ada orang yang jahil tentang agama ingin menjadi
hero agama,dengan membuat laporan polis terhadap
saudara Nga Kor Ming,adalah suatu tindakan yang kurang cerdik akal.
Tidak mustahil satu hari nanti dia memasuki Islam.
mudah-mudahan Allah mengurniakan dia Hidayah..amin ya Rabb
Memang menghairankan
orang Islam sendiri yang mengaku Islam tapi
menolak Al-quran & Assunnah sebagai dasar perjuangan.
Saya percaya saudara Nga Kor Ming sedang mendalami
agama Islam.