Wednesday, June 10, 2009

Buah Kiwi MengAWETmudakan wajah



BUAH kiwi yang berasal dari New Zealand diketahui sebagai buah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, membekalkan asid folik untuk wanita hamil dan merupakan sumber magnesium terbaik untuk membantu pembentukan tulang serta meningkatkan fungsi sistem saraf pusat.

Selain itu, ia juga boleh membantu dalam mempercepatkan proses penghadaman kerana kaya dengan serat.

Baru-baru ini, ZESPRI, jenama buah kiwi popular dari New Zealand melancarkan kempen Extreme Nutrition, Extreme Vitality bagi menyebarkan khasiat buah kiwi kepada masyarakat.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, buah kiwi semakin popular dan termasuk dalam diet sihat disebabkan nilai pemakanan yang ada dan sesuai digunakan untuk pelbagai resipi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran musim baru buah kiwi ZESPRI di Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kajian saintifik yang turut menunjukkan kesan positif buah kiwi terhadap sistem penghadaman, meningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel, masalah jantung dan interaksi dengan lain-lain makanan untuk meningkatkan status pemakanan.

Pantas menjadi makanan semula jadi terhebat sejak sedekad yang lalu, buah kiwi kaya dengan kebaikan untuk kesihatan. Ia mempunyai pelbagai nutrien yang boleh membantu mencegah penyakit, memberi tenaga dan menawarkan pilihan diet harian yang sesuai.

Penghidap diabetes

Buah kiwi mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding sebiji buah oren, dua kali ganda vitamin E yang didapati daripada buah avokado dan hanya setengah kalori.

Individu yang berwaspada dengan berat mereka atau penghidap diabetes pasti gembira apabila mengetahui bahawa buah kiwi mengandungi kadar Indeks Glisemik (GI) yang rendah tetapi mempunyai serat diet yang tinggi.


"Secara umum, buah kiwi baik dimakan secara mentah dan keseluruhan. Secara purata, buah kiwi menyediakan cadangan nilai harian (RDV) terhadap vitamin C sama seperti nutrien bermanfaat yang lain seperti folat, potasium dan zink, yang ia perlu untuk mengekalkan kesihatan," tambah Drummond.

Terdapat dua jenis kiwi iaitu buah kiwi hijau dan kuning keemasan.

p/s: ade juga produk pencuci muke mengandungi buah kiwi,ia bagus serta menyegarkan kulit muke bahkan mampu mengAWET mudakan wajah,saya dah try pakai,mmg seakan-akan muda,terasa cam umur 20 an je..hehe

Selamat Mencube Selamat Beramal