Friday, June 12, 2009

Ibnu Al-Haitham Bapa Permodenan dalam bidang Optik



Nama sebenar Ibnu Al-Haitham ialah Abu Ali Al-Hasan Ibnu Al-Hasan Ibnu Al-Haitham,beliau juga digelar Bapa Ilmu Fizik Moden.

Bagaimana saintis Islam mengubah dunia,The Independent sebuah akhbar Britain menyebut seramai 20 penemuan penting para ilmuwan Islam yang mampu mengubah peradaban manusia salah satunya adalah penciptaan ~kamera Obscura~.

Kamera merupakan salah satu penenmuan penting yang dicapai umat manusia.melalui kamera manusia mampu merakam dan mengabadikan beragam bentuk gambar mulai dari bentuk sel manusia hingga kehebatan di sebalik penciptaan galaksi di angkasa luas.teknologi pembuatan kamera kini dikuasai oleh barat serta jepun sehingga umat Islam meyakini bahawa kamera berasal dari peradaban barat.



Tahukah anda?
perkataan kamera berasal dari perkataan bahasa Arab yakni Qamara?

Sebenarnya sebelum masyarakat barat menemuinya,prinsip-prinsip asas pembuatan kamera,teknologi ini dicetuskan lebih kurang 1000 tahun yang silam.Pencetus teknologi kamera itu adalah seorang saintis lagenda bernama Ibnu Al-Haitham.

Inilah karya penuh dgn sejarah serta sangat inovatif itu berjaya dilakukan Ibnu Al-Haitham bersama Kamaluddin Al-farisi.Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera Obscura.Penemuan itu bermula ketika mempelajari ilmu gerhana matahari,bagi memahami serta mempermudahkan fenomena tersebut Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan bayangan matahri yang kurang jelas diprojeksi melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik berupa kamera Obscura itulah yang menjadi asas teknologi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia.Secara terperinci Ibnu Al-Haitham menjelaskan sistem sistem penglihatan mulai dari fungsi saraf di bahagian otak hingga fungsi mataitu sendiri.Ia juga menjelaskan secara terperinci di bahagian serta fungsi mata seperti konjungtiva,iris,kornea,lensa dan menerangkan peranan masing-masing terhadap penglihatan manusia.

Hasil penelitian Ibnu Al-Haitham dikembangkan oleh Ibnu Firnas di Sepanyol dengan mencipta kaca mata.

Ibnu Al-Haitham juga mencetuskan teori lensa pembesar,ianya digunakan para saintis di Italy untuk menghasilkan kaca pembesar pertama di dunia.Sayangnya sedikit karyanya yang tersimpan dalam khazanah.bahkan karya besar Ibnu Al-Haitham dalam kitab Al-Manazhir tidak diketahui lagi kewujudannya.orang ramai kini hanya dapat mempelajari terjmahannya yang ditulis dalam bahasa Latin.