Monday, January 4, 2010
Bro Zulkifli Nordin Singa Islam
salam ukhuwah & salam perjuangan
saya bersyukur dapat mengenali bro Zul dengan lebih dekat,
masakan tidak saya pernah bekerja 1 bangunan Wisma Yakin
berhampiran Masjid India.
Setibanya waktu kedengaran azan berkumandang
saya bergegas utk solat berjamaah di Masjid India
yang uniknya azan berkumandang sekitar jam 5 petang
berbanding dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur yang
tidak jauh dari situ.
Seusai solat serta mengaminkan doa,
saya selalu nampak bro Zul membaca Al-Quran
di ceruk tepi masjid...lalu mengimbas nostalgia
semasa saya belajar di Pulau Melaka.
Sinonim Pulau Melaka dengan kediaman Tok Guru Nik Aziz
berhadapan dengan masjid.
Selesai je solat berjamaah di imami oleh Tok guru
lantas beliau berehat di sebuah bilik lalu saya mengintai
rupa-rupanya Tok guru sedang membaca Al-Quran.
begitu lah Istiqamah antara Tok Guru & Bro Zulkifli
dengan membaca Al-Quran
Firman ALLAH :
sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).
mafhum hadith :
jangan lah kamu mencari redha manusia padahal ALLAH tidak
redha,maka carilah redha ALLAH walaupon manusia tidak redha
pada kamu.
saya puji dengan ketegasan Bro Zul dalam pertahan apa-apa
isu tentang Islam.
dalam ceramah beliau di Masjid jamek sebelum khutbah
hari Jumaat betapa tegasnya bahawa pelaksanaan hukum Islam
adalah jalan terbaik dalam mengatasi isu-isu sosial
pada masa kini.
walaupon beliau seorang peguam berparti PKR
tetapi otak(berFikrah) Islam,mana mungkin
beliau sanggup menentang isu IFC,artikel 11
sehingga sanggup berdemostrasi di depan
bangunan Majlis Peguam.
IFC & Artikel 11 : berbahaya terhadap Umat Islam
itulah bro Zul
tegas pertahankan Islam dari ancaman@anasir-anasir
yang cube persendakan Islam.
dalam isu kalimah ALLAH
Saya cukup bosan dengan tingkah laku Khalid Samad
mengatakan Bro Zul sebagai pro Umno dikeranakan
tidak sebulu@sependapat dengannya.
saya mencadangkan khalid Samad kene belajar ilmu tasawuf
dalam mengenal diri kerana apa andai la sifat Ujub(merasa dirinya semua betul)
membenih serta bercambah dalam hati,maka setiap teguran orang lain
sukar diterima bahkan menuduh orang dengan pelbagai tohmah 'ganjil'.
adapon isu kalimah ALLAH ade khilafnya dari sudut hujah,
jangan lupa kita akan dapat 1 pahala andainya hujah kita itu salah,
adapon andai hujah kita benar maka dapat 2 pahala...
tidak rugi apa-apa pon.
yang penting hujah itu adalah untuk pertahankan Islam dari anasir-anasir
yang cube porak-perandakan Ummat Islam.
Ulasan penting pendek tapi padat
Al-Fadhil Tuan Guru Dato Dr Haron Din berkata :
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah.
Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
Tok Guru Nik Aziz menerangkan lagi :
Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.
Ulasan Tuan Guru Dato Harun Taib :
Saya tidak bersetuju kerana ia boleh mengelirukan umat Islam, tidak semua mereka guna mengikut maksud sebenar perkataan itu.
p/s : PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.