Sunday, January 3, 2010

hanya Hujah Ust One G saja yang bernas !



petikan dari blog Al-Bakistani :

Hujjah menghalang non Muslim dari menggunakan kalimah ”Allah” dengan alasan bahawa non Muslim mempunyai agenda tersembunyi, merupakan hujjah yang paling bodoh.

Isu kalimah “Allah” yang menjadi perdebatan, tidak diketahui dari mana sumber rujukan Idris Ahmad, Nasha mat isa, Taib Izzamuddin dan Zul Kulim. Yang ada pada mereka, tidak boleh orang bukan islam menggunakan kalimah Allah. tetapi, mana dalil-dalil mereka, tidak dikemukakan.

Jika kita mendengar ucapan Taib Izzamuddin yang dinukilkan dalam blog Roslan SMS. Dalam ucapan beliau dalam parlimen, hujjah yang dikemukakan oleh beliau tidak mengandungi hujjah ilmu. Biarkan dia berpendidikan agama, dan pernah memegang jawatan sebagai Imam Masjid Negara, tetapi cara dia berhujjah, tidak menggambarkan keilmuan dalam berhujjah.

Nabi Muhammad saw bersabda : Sesungguhnya Islam itu tinggu,tidak ada yang tinggi dari Islam.

Islam mengajar kita supaya menghormati pendapat seseorang.Adalah contoh ikutan terbaik kita menghayati sejarah junjungan Nabi Muhammad saw ketika mana tawanan peperangan Badar samada dibunuh atau tebusan mengajar anak-anak orang Islam.

Walaupon pendapat Saidina Abu Bakar disokong oleh Nabi Muhammad saw tetapi berbeza dengan Saidina Umar Al-Farouq berpendapat bahawa semua tawanan wajar dibunuh.

Akhirnya turun lah wahyu yang menyokong Saidina Umar Al-Farouq adalah sifat yang sangat terpuji Nabi Muhammad saw menerima pendapat serta meraikannya dengan hujah dari dalil Al-Quran.

barangkali kita mudah lupa bahawa menerima serta menghormati pendapat orang lain adalah merupakan sunnah Nabi Muhammad saw.

Dalam hidup kita berjamaah :

permasalahan khilaf jangan lah sampai membawa kepada perpecahan

Para Ulamak muktabar dahulu kala berkhilaf dengan hujah-hujah serta dalil masing-masing tetapi mereka tidak lah sampai menghina satu sama lain.

ulasan :

saya mendengar serta menghayati petikan ucapan Ust Taib Azamuddin dalam isu kalimah ALLAH :
khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.





luahan hati nurani Tok Guru Nik Aziz :

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya.

p/s : kalau tok guru Nik Aziz merasa takut serta bimbang..why why WHY Ust One G & Khalid Samad sokong..serta memandang rendah hujah Ust Taib Azamuddin..

* MINTA UST ONE G MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA ATAS ARTIKEL MEREMEHKAN ULAMAK *