Tuesday, January 5, 2010

Jom Heboh di Kota Bharu Kelantan


artikel ni saya merujuk blog ex Guru Penasihat Badan Latihan Dakwah Islamiyah ( BALADI )
http://annasru.wordpress.com/

Salam Mahabbah

apa jom heboh nk buat di Kota Bharu Kelantan bumi Serambi Mekah!
ada kewajarannya...kebiasaan jom heboh ni salah 1 menjana ekonomi sesuatu tempat sebagai contoh kelihatan khemah-khemah pelbagai jualan tetapi pada sebelah malamnya diadakan pula konsert.

bile sebut jom heboh tidak lari daripada adanya konsert
sehingga Mufti Perak mengeluarkan fatwa HARAM konsert jom heboh
tetapi tahun 2009 dibuat jugak konsert jom heboh di Perak
seolah-olah konsert jom heboh bertukar wajah menjadi hukum harus
bukan harussani ye...

Misi Jom Heboh di Kota Bharu

akan berjaya
seandainya.....
pelaksanaan mengikut lunas-lunas Islam bersesuaian dengan Majlis Perbandaraan Islam Kota Bharu selari seiring dengan kepesatan pembangunan yang sedang rancak dijalankan.

saya berkeyakinan dengan Ust Nasrudin Mahmud Mohaiden dengan pengalamannya dalam merangka aktiviti dakwah di sekolah Darul Anuar berjaya mengharumkan nama sekolah.

Semasa saya mengambil tahun Sijil Pelajaran Malaysia,saya diberi amanah yang cukup berat dalam melicinkan perjalanan Badan Latihan Dakwah Islamiyah ( BALADI ) sebagai Setiausaha Agong.

Sukar untuk melaksanakan amanah ni melainkan berkat tunjuk ajar serta bimbingan Ust Nasrudin.Saya pernah bercadang pada beliau untuk mengadakan Ijtimak Remaja Islam,lalu lontaran idea saya itu disokong bahkan diberi sokongan untuk menjayakan buat julung-julung kali diadakan dengan penglibatan seramai buat sekolah di bawah Yayasan Islam kelantan termasuk Sek Men.Agama falahiah Pasir pekan.

Ijtimak Remaja Islam cukup memberi kesan mendalam serta mendapat sokongan kerjasama yang amat baik dari Badan Pengawas & Badan Kaunseling.

Konsert Jom heboh


tidak boleh dipisahkan hiburan dengan remaja
biarlah hiburan itu mampu menyampaikan mesej
supaya manusia kembali kepada fitrah suci yakni Taqwa


setiap hari solat 5 waktu kita berdoa Iftitah :

Sesungguhnya solat,amal ibadatku,hidupku dan matiku adalah kerana ALLAH

Seandainya kerajaan kelantan mampu melakukan 1 perubahan besar terhadap Jom Heboh,tidak mustahil negeri di bawah Pakatan Rakyat akan mengikut jejak Kelantan.

Ini lah masa serta peluang kerajaan kelantan melakukan dakwah melalui hiburan berlandaskan lunas-lunas Islam melalui TV3 secara tidak langsung ianya bakal memberi kesan bermakna buat warga media.

Jangan lah menolak pelawaan TV3 untuk menganjur Jom heboh di Kota Bharu nanti timbul suara-suara sumbang mengatakan kerajaan Kelantan menolak hiburan.

Buktikan kerajaan kelantan mampu melakukan perubahan ini dengan mengikut lunas-lunas Islam kepada masyarakat umum di Malaysia.Ini secara tidak langsung akan memperkenalkan negeri Kelantan dari sudut pelancongan,kebudayaan adat resam serta menaikkan ekonomi rakyat kelantan.